Lawak Minggu Ini...




Anda Tahu Siapa Aku?

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya."Banyak dapat ikan, kawan?" tanya orang itu.
"Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar."
"Hm, anda tau siapa aku?"
"Tidak," jawabnya.
"Aku pemilik kolam ini."
"Dan anda tau siapa aku?" tanya lelaki itu cepat-cepat.
"Tidak."
"Aku pembohong besar di kota ini."

Paling Bersih

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan pelayanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

Undur Kereta

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap "Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!"
"Ok!" kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
"Lagi mak undur lagi" kata anak dia.
"Lagi lagi" kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba "DAMM" kereta yg dia undur tu terlanggar pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit" OK! Mak, dah kena!"

Ingat! Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat ! Seperti bom tangan." Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Demikianlah adanya....


P/S- thanks and credit to who create this story..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Lawak Minggu Ini..."