Salam Ramadhan 1432 Hijriah (2011)



Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH S.W.T semesta alam kerana dipanjangkan umur dan diberikan segala nikmat kepada kita sehingga hari ini. Syukur juga kepada ALLAH S.W.T kerana kita dipertemukan dengan bulan yang kita rindui. Bulan Ramadhan yang mulia adalah bulan hadiah dari ALLAH S.W.T kepada kita. Bulan kita untuk mendapat bonus di akhirat. Syukur lagi kepada ALLAH S.W.T kerana kawe masih hidup dan sihat serta dipertemukan dengan dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan, kawe aRMaNiZaN ingin mengucapkan selamat berpuasa, beribadat, dan menikmati keberkatan bulan Ramadhan ini. Pesanan kawe kepada rakan sekalian dan terutamanya kepada kawe sendiri, pergunakanlah sebaiknya nikmat dan hikmah Ramadhan 1432H ini sebaik dan sesempurna mungkin. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan berguna dari tahun sudah.. Selamat berpuasa dan beribadah dari kawe..aRMaNiZaN


video thanks to You Tube- Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai

Terimalah dari kawe pantun sempena Ramadhan..

Tarawikh dibuat lapan rakaat
Doa dipanjat memohon ampun
Bulan Ramadhan bulan ibadat
Nikmat dari ALLAH sekali setahun

Juadah berbuka beraneka warna
Air dan kuih penambah juadah
Ramadhan bulan penuh berguna
Jadikan Ramadhan bulan ibadah

Makan berbuka lauk kerabu
Kerabu mangga seringgat lima
Sekian lama kita menunggu
Akhirnya Ramadhan sudah menjelma

Jalan-jalan di bazaar Ramadhan
Mari membeli kuih samosa
Sudah tiba bulan dinantikan
Sebulan penuh kita berpuasa

Buah cempedak diluar pagar
Buah betik dalam peti ais
Saya budak baru belajar
Kalau tak puasa tolong panggil JAIS

Hari panas puasa mencabar
Rasa nak minum apakan daya
Samalah kita pakat bersabar
Lepas puasa kita beraya

Orang tak puasa makan coco bar
Makan pulak dalam changing room
Orang tak puasa spesis tak sabar
Dapat tangkap kita pakat boom

Kita khusyuk bermain sudoku
Mata pedih kepala nak pitam
Bulan puasa bisnes bauhulu
Bila raya bolehlah melaram

Suhu di Jepun sejuk sekali
Tak pakai sweater sejuk beku
Raya disambut dengan famili
Menjamu selera dengan berbequ


Orang kawin kita nak juga
Sayangnya bajet tak cukup lagi
Sempena Ramadhan bakal menjelma
Salah dan silap harap dimaafi

Pantun by..aRMaNiZaN (created at 28-7-2011)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Mohon Perhatian Semua..


Salam semua.. kawe surfing internet untuk mencari gambar berkenaan puasa, terjumpalah gambar ini. Jadi kawe nak minta kepada siapa yang buat gambar ini dan teringin hendak membuat gambar seperti ini agar lebih berhati-hati dan peka.

Kita tidak boleh meletakkan sebarang apa jua benda di atas tulisan ayat AL-Quran. Mungkn ada yang tak sedar atau tak tahu perkara ini, namun apa yang setahu kawe belajar kita tidak boleh meletakkan benda lain di atas tulisan ayat suci Al Quran kerana ayat Al Quran adalah mulia dan tidak boleh diletakkan tasbih menutupi ayat Al Quran sepertimana gambar di atas.

Kawe sekadar memberi pengetahuan dan peringatan agar semua akan berhati-hati selepas ini. Juga sebagai tanggungjawab kawe sebagai seorang Islan untuk menjaga, mempertahankan dan menyintai kalimah suci Al Quran yang ALLAH S.W.T turunkan khas untuk kita umat Rasulullah S.A.W.

Harap sebar-sebarkan buat peringatan sesama kita..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Tasik Biru, Kundang.

Baru-baru ni kawe dan tunag sempat meluangkan masa ke Tasik Biru yang tertetak di Kundang, Rawang. Kawe padahal selalu melalui tasik ini jika nak ke Taman Desa Kundang. Namun, ini adalah kali pertama kawe ke sini. Memang release tension dan mendamaikan. Sesiapa yang meminati suasana tenang sambil makan mehun goreng boleh le jalan-jalan cari pasal kat sini....aRMaNiZaN


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Pantun Santai



Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Kan cempedak tu dah jatuh kat luar pagar, heiiii .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat
ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang aarr
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.


P/S- thanks and credit to who create this pantun..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Proses Dan Agen Sosialisasi



Apa itu proses sosialisasi? Proses sosialisasi ialah proses mendidik dan membentuk serta membimbing anak-anak dengan pelbagai perkara seperti pengetahuan, pengalaman, cara hidup, pergaulan dan hatta cara makan sekalipun. Dalam konteks ini, anak-anak bukan sahaja membesar dengan sia-sia tetapi menjadi individu yang berguna pada masyarakat. Anak-anak bukan sahaja dijaga tetapi mereka turut dibenihkan dengan nilai-nilai kehidupan seperti agama, budaya, bahasa dan pelbagai perkara lagi. George Herbert Mead telah menjelaskan terdapatnya empat tahap dalam proses sosialisasi ini. Tahap yang tertama dipanggil sebagai tahap persiapan (Preparatory Stage), tahap yang kedua pula ialah tahap meniru (Play Stage), manakala tahap yang ketiga ialah tahap siap bertindak (Game Stage), dan tahap yang terakhir iaitu tahap keempat dalam proses sosialisasi ialah tahap penerimaan norma kolektif (Generalized Stage).

Pada tahap yang pertama atau tahap persiapan (Preparatory Stage) ini, seseorang anak akan mempersiapkan dirinya untuk mengenal dunia sosialnya, serta bagi memperolehi pemahaman tentang diri. Pada tahap ini juga anak-anak mulai melakukan kegiatan meniru meski tidak sempurna. Pada tahap ini mereka bersedia menerima apa sahaja perkara yang didedahkan kepadanya. Malah mereka akan cuba memahami perkara ini walau tidak sempurna. Sebagai contoh, anak pada waktu aini akan mengikuti sekiranya ibu mengajarnya cara makan. Biarpun cara mereka tidak sempurna misalnya makanan akan tertumpah tetapi mereka berinisiatif untuk melaksanakannya kerana mereka sudah bersedia pada tahap ini.

Tahap yang kedua iaitu tahap meniru (Play Stage) ini anak-anak dilihat sudah agak sempurna di mana mereka sudah mampu meniru sikap orang dewasa yang berada di sekitar mereka. Pada tahap ini anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka dengan baik. Misalnya anak perempuan akan menolong ibunya mencuci pinggan selepas makan, biarpun percubaan pertama selalunya gagal tetapi mereka akan cuba melakukannya sehingg mereka berasa puas hati. Anak-anak juga akan mula sedar tentang apa yang dilakukan oleh ibunya itu dan sebab-sebabnya. Selain itu, mereka mula pandai bergaul dengan orang lain walaupun masih ada kelemahan lagi dalam tindakannya.

Seterusnya ialah tahap ketiga yang dipanggil tahap siap bertindak (Game Stage). Pada tahap ini, peniruan yang dilakukan sudah mulai berkurang dan digantikan oleh fungsi yang secara langsung dimainkan sendiri. Kemampuan untuk menempatkan diri pada kedudukan orang lain pun meningkat sehingga memungkinkan adanya kemampuan bergaul bersama-sama. Saat ini anak-anak mula sedar wujudnya tuntutan untuk membela keluarga dan bekerjasama dengan teman-temannya. Pada tahap ini juga mereka mampu berinteraksi dengan lebih banyak dan cekap berbanding dengan kedua-dua tahap yang terdahulu. Anak-anak mula berhubungan dengan teman-teman sebaya di luar rumah malah mula memahami tentang wujudnya peraturan-peraturan lain di luar keluarganya. Dengan ini, anak-anak mula menyedari bahwa ada norma-norma tertentu yang wujud di luar lingkungan keluarganya.

Tahap terakhir iaitu tahap penerimaan norma kolektif (Generalized Stage) pula, anak-anak sudah dianggap mencapai tahap dewasa. Mereka sudah mampu hidup di luar lingkungan keluarga mereka kerana sudah mampu menempatkan diri di dalam kehidupan bermasyarakat. Mereka sudah mampu berkerja sama dengan sesiapa sahaja dengan penuh keyakinan. Malah, pada tahap ini mereka lebih memahami apa yang diperlukan oleh diri sendiri. Pada tahap ini mereka sudah pun layak digelar sebagai anggota masyarakat.

Agen-agen Sosialisasi

(Keluarga)


Tahap-tahap di dalam proses sosialisasi ini sebenarnya digerakkan oleh agen-agen sosialisasi yang berperanan menjadikan proses ini sempurna. Terdapat beberapa jenis agen sosialisasi diantaranya ialah keluarga, rakan sebaya, media massa dan sekolah. Agen sosialisasi yang pertama yang ingin dibincangkan ialah keluarga. Keluarga merupakan merupakan agen sosialisasi yang terpenting kerana ianya merupakan unit asas yang sememangnya dipunyai oleh kebanyakkan individu. Malah, keluarga mampu memberikan pengaruh yang besar dalam proses sosialisasi kerana anggota keluarga adalah mereka yang paling rapat dengan anak-anak dan juga mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan mereka. Keluarga ini mempunyai banyak masa bersama-sama dengan anak-anak mereka jadi, dengan masa yang banya ini mereka bereluang membentuk anak-anak.

Keluarga juga merupakan tapak penghidupan yang umum pada anak-anak. Secara tidak langsung, keluarga bertanggungjawab dalam proses pemindahan budaya terutama yang melibatkan norma dan nilai budaya. Sistem keluarga berbeza dari satu masyarakat dengan masyarakat yang lain maka dengan ini membawa pengaruh yang berbeza dalam pembentukan personaliti anak-anak dalam sesebuah keluarga.

Komponen utama dalam keluarga ialah ibu bapa. Setiap tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa akan diperhatikan oleh anak-anak dan mereka akan cuba menirunya berdasarkan apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka seperti cara bercakap, cara bergaul, dan cara bercakap atau makan. Perlakuan ini lama-kelamaan akan dapat dikuasai oleh anak-anak dan mereka mampu melakukannya sebagaimana yang dilakukan oleh ibi bapa mereka.

Ibu bapa turut membentuk anak-anak mereka agar lebih menjadi seorang anggota masyarakat yang berbudaya. Malah, ibu bapa juga kadang-kala menggunakan kaedah hukuman dalam mendidik anak-anak kerana kadang-kadang kaedah ini agak berkesan. Misalnya orang Melayu akan merotan atau mendenda anak yang degil sebagai menyedarkan mereka yang tindakan mereka lakukan itu mendatangkan keburukan dan tidak harus diulangi.

Tindakan ini akan mempengaruhi anak-anak dimana mereka tidak akan mengulangi perkara itu kerana sudah tahu perkara ini tidak boleh dilakukan dan sebab-sebab mengapa ianya tidak boleh dilakukan. Berkemungkinan mereka juga akan lebih berdisiplin dan lebih bersedia dalam menjadi anggota msyarakat. Anak-anak yang telah disosialisasikan oleh ibu bapa ini dapat dilihat buktinya pada perubahan sikap mereka yang jikalau dulunya mereka tidak tahu apa-apa menjadi orang yang tahu, jika dulu mereka tidak suka basuh tangan tetapi sudah basuh tangan sebelum makan, jikalau dulu mereka malas hendak mandi bersabun tetapi selepas itu mereka sudah rajin mandi bersabun.

Rakan Sebaya


Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama. Rakan-rakan ini boleh dikelaskan sebagai anak-anak remaja yang usianya tidak jauh berbeza dan mereka ini memiliki tahap pemikiran yang sama dan biasanya sangat akrab dan saling mempengaruhi. Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga, ianya melibatkan hubungan tidak sekata kerana faktor perbezaan usia, pengalaman, dan peranan.

Namun sosialisasi dalam kelompok rakan sebaya ini anak-anak mempelajari pola interaksi dengan dengan mereka yang setara dengan diri mereka dari segi usia, pengalaman, peranan, pemikiran dan sebagainya. Dengan ini, dalam kelompok rakan sebaya ini, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan berkesan kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.

Anak-anak yang berada dalam kumpulan rakan sebaya lebih memberikan perhatian kepada rakan sebaya jika dibandingkan dengan keluarga mereka. Jadi, mereka akan lebih memberikan tumpuan kepada apa yang dipelajari bersama-sama dengan rakan mereka. Kadang-kala, timbul juga konflik kerana norma-norma yang mereka pelajari bertentangan dengan nilai dan norma keluarga mereka. Anak-anak pada tahap ini boleh dikatakan tidak menerima langsung apa yang cuba diajarkan oleh ibu bapa mereka kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup sendiri. Misalnya ibu bapa tidak mahu anak-anak berpakaian yang pelik-pelik namun anak-anak pula mahu memakainya dengan alasasan mereka mahu mengikut trend dan rakan mereka memakainya.

Jadi, di sini dapat dilihat timbulnya pertentangan di antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Jadi, kemampuan rakan sebaya mempengaruhi anak-anak ini kadang-kalanya melebihi pengaruh daripada keluarga sendiri. Malah keadaan ini akan bertambah ketara apabila mereka semakin meningkat dewasa. Jadi, rakan sebaya sememangnya memberikan kesan yang sangat besar dalam proses sosialisasi anak-anak.

Pengaruh rakan sebaya ini juga turut memberi kesan kepada personaliti dan jati diri anak-anak biarpun sebelum ini mereka sudah mendapatnya dari keluarga namun ianya turut terubah apabila mereka bersama-sama dengan rakan sebaya. Sikap anak-anak yang dulunya lain, akan menjadi lain pula misalnya dahulu mereka suka ibu bapa membelikan mereka sesuatu tetapi sekarang mereka lebih cenderung memilih sendiri apa yang diinginkan bersama rakan-rakan. Mereka sudah mampu untuk hidup berdikari tanpa terlalu bergantung kepada keluarga lagi dan anak-anak turut dapat membuat keputusan untuk sebarang tindakan mereka.


by aRMaNiZaN..
Kajian Untuk Semester 1 Subjek Keluarga Dan Kekerabatan (SKAA2053) UKM (5 Oktober 2007)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

SmokerHaven @ Sunway Giza Kota Damansara

To all, SmokerHaven outlet already opened at Sunway Giza Kota Damansara. Feel free to come and check us out!!!

Sunway Giza Kota Damansara



Our Outlet



We launch a brand new product. So come and get it!!



For more information please visit http://www.smokerhaven7.blogspot.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kelantan Chengho International Food Festival 2011 (KELCHEF 2011)

Kelantan Chengho International Food Festival 2011 (KELCHEF 2011)



14 Julai hingga 23 Julai 2011 - 10 pagi - 10 malam
Bazar Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan.
Anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan Cheng Ho International
Semua dijemput hadir beramai-ramai


Satu acara yang hebat dan bermanfaat untuk pengunjung. Sama-sama kita pergi dan pakat-pakat kita meriahkan pesta ini...aRMaNiZaN








P/S-sumber thank to Dato' Husam Musa Web (http://www.husammusa.com/v10/)
-video thanks to kelatetoday (HusamTV-You Tube)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Bersih : Sinar 709



Sinaran benderang mula menjalar
Meniup bayu bernafas segar
Jernihya kilauan melirikkan pesona
Berkumpul, menjadi warna
Menyinari penuh bermakna

Kilauan warna merobos megah
Tidak gentar walau disanggah
Benar, kilauan mahu dipudar
Hati yang cekal tidakkan gentar
Walau sinaran dilingkar

Biar dihujani duri bahaya
Biar dibasahi semburan durjana
Sinaran gah memancar cahaya
Sinaran bangkit terus mara
Sinaran merobek menawar bisa

Biar kilauan tidak bersama
Memancarkan wangian cahaya
Segenap pelosok mampu disinari
Segenap ruang dapat berseri
Seganap jiwa dapat dijamahi

Berlalu sudah sementara
Sinaran 709 meninggalkan makna
Kilauannya teguh tidak hilang
Menjadi bekal untuk berjuang
Kilauan sejarah untuk dikenang

...by aRMaNiZaN.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Bersih 9.7.2001 : Kuala Lumpur Malaysia

Semua Tahanan Bersih 2.0 Bebas Malam Tadi


KUALA LUMPUR, 10 Julai: Semua tahanan Bersih 2.0 telah dibebaskan oleh polis malam tadi, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang turut ditahan.

Mangsa terakhir yang dibebaskan adalah pada jam 10.30 malam termasuk para pemimpin PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara yang awal dibebaskan iaitu dihantar oleh polis jam 6.45 petang ke rumah penginapannya di Sentul.

Pemimpin PAS yang turut ditangkap adalah Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, Dr Dzulkefli Ahmad dan lain-lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, 1,401 orang telah ditangkap dalam perhimpunan Bersih 2.0 di sekitar ibu negara semalam.

Mereka ditangkap segenap tempat seluruh Kuala Lumpur.

Pasukan Peguam PAS sahaja mencatat 591 nama mereka yang ditangkap berdasarkan rekod mereka.

Ramai yang menganggarkan kira-kira 50,000 peserta berjaya masuk ke Kuala Lumpur semalam dengan ratusan ribu lagi dikatakan tidak dapat masuk.

Bandaraya Kuala Lumpur disekat dari dimasuki orang luar sejak jam 12 malam 8 Julai.

Semua kenderaan yang manghala ke pusat bandar dilencongkan keluar.

Kenderaan awam seperti komuter dan lrt dikatakan tidak berhenti di stesen yang terletak di tengah bandaraya.

Hanya motorsikal yang dikatakan berjaya mencelah masuk.



-sumber gambar Bersih 2.0 dari pelbagai..minta dihalalkan

P/S- sumber thanks to HarakahDaily (http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4282-semua-tahanan-bersih-20-bebas-malam-tadi)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Malaysia : Bersih 2.0 (9.7.2011)

Mass Arrests As Malaysia Police And Protesters Clash



(CNN) -- More than 1,600 demonstrators have been arrested in Malaysia, police say, after clashing with riot police Saturday as they marched in the capital Kuala Lumpur to demand electoral reforms.

Police fired tear gas as several thousand people gathered near a sports stadium where the demonstrators had planned to rally.

Some 1,667 people had been arrested as of early evening local time, according to the Royal Malaysia Police, with 16 children among them. Protest organizers said at a news conference earlier in the day that about 400 had been detained.

The protest, which the government says is illegal, was organized by a loose coalition of opposition groups known as Bersih 2.0.

The government has previously declared Bersih an illegal organization. Police said that anyone found with Bersih-related materials, such as yellow T-shirts, could be arrested.

Opposition leader Anwar Ibrahim was among hundreds of protesters who gathered at the Hilton hotel in Kuala Lumpur before heading toward the Sentral Station.

There the protesters breached police lines to march through the rail station, before being met by riot police with tear gas on the other side.

Ibrahim posted on his Twitter account that he had sustained a minor injury during the demonstration and that a staff member had been badly hurt. He also said his youngest daughter had been arrested.

Writing on his blog ahead of the protest, Ibrahim said the "intended peaceful gathering" was to bring Malaysians together "as one united people in pursuit of clean and fair elections."

He went on: "Our reason for gathering is pure and simple -- to demand that the electoral roll be cleaned, that the postal voting system be reformed, that indelible ink be used, a minimum 21 day campaign period be instated, free and fair access to media for all be provided, public institutions be strengthened, and for corruption as well as dirty politics to be stopped."

The protesters planned to rally at the Merdeka sports stadium in the city, Ibrahim said.

Opposition groups have been seeking to put pressure on Prime Minister Najib Razak's government, which has been in power for decades, ahead of elections expected to be called next year.

The Malaysian state news agency Bernama reported that the prime minister had attended an event Saturday at which he described the protest as "an illegal rally organised by a section of our community."

"If there are people who want to hold the illegal rally, there are even more who are against their plan to hold the illegal gathering," he is quoted as saying.

There was a strong police presence around the city and many roads had been closed off, local media reports said.

A similar demonstration called by the Bersih coalition in 2007 was broken up by police using water cannon and tear gas, local reports say.




P/S- article source thanks to CNN (http://edition.cnn.com/2011/WORLD/asiapcf/07/09/malaysia.protests/index.html)
-video thank to MalaysiaKini (http://www.youtube.com/watch?v=6_79OisOQxI&feature=player_embedded)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Juara Liga Super 2011




Alhamdulillah. Tahniah.. Tahniah.. dan Tahniah diucapkan kepada The Red Warrior kerana telah berjaya merangkul kejuaraan Liga Super pada musim ini. Tahniah kepada semua pemain, pihak pengurusan dan kepada penyyokong setia yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan ksayangan kita.

Biarpun perjalanan skuad Kelantan pada musim ini peluh liku dan ranjau, syukur kerana pasukan ini dapat mengharunginya. Biarpun kekecewaan tewas di tangan jiran kita Terengganu di final Piala FA, perasaan itu akhirnya dapat diubati dengan kejayaan yang bermakna ini.

Juga tahniah buat jiran kita Terengganu (negeri abg ipar kawe) kerana berada di tempat ke dua. Sekaligus membuktikan kuasa pantai timur sudah dilihat mendominasi industri bola sepak negara kita ini.

HArapan kawe agat The Red Warrior akan terus berjuang lagi di masa akan datang agar kejayaan ini mungkin dapat kita kecapi lagi. Juga kepada Terengganu, diharapkan menjadi saing (kawan) dan pesaing kepada Kelantan. Tahniah sekali lagi kepada ke dua pasukan. Tahniah...aRMaNiZaN


P/S- video thanks to tv1, sokernet.com, and you tube(EPLsoker)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Lelaki TawanTabika



Alhamdulillah.. semua kanak-kanak dan guru tabika ini selamat. Tahniah diucapkan kepada pihak polis dan mereka yang terlibat dalam insiden ini. Harapnya lepas ni lebih kerap rondaan dilakukan pihak PDRM di kawasan yang berisiko seperti tabika dan sekolah. Juga diharapkan sistem keselamatan tabika atau sekolah diperhebatkan lagi..aRMaNiZaN

P/S-video thanks to myMetro Online (http://www.hmetro.com.my)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Menghormati Azan




Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!!

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."



P/S- sama-sama kita ambil iktibar sebab sekarang ni kawe tengok ramai dah orang Islam tak menghormati azan. Nauzubillah..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Lawak Minggu Ini...



Ahli Silap Mata dan Burung

Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.

Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.

"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "

Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua.

Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"


Russian dan Amerikan

Dua orang lelaki, seorang dari Rusia, seorang dari Amerika sedang berdebat tentang kebebasan bersuara di negara masing-masing.
Sam : Di negara saya, orang bebas menuntut, memaki-maki, bahkan pada presiden sekalipun.

Stoikov : Saya kira bukan hanya di negara anda sahaja yang ada kebebasan. Di Rusia, orang juga bebas memaki-maki presiden Amerika.

P/S- thanks and credit to who create this story..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments