Salam Ramadhan 1432 Hijriah (2011)
Posted in
Labels:
armanizan
|
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH S.W.T semesta alam kerana dipanjangkan umur dan diberikan segala nikmat kepada kita sehingga hari ini. Syukur juga kepada ALLAH S.W.T kerana kita dipertemukan dengan bulan yang kita rindui. Bulan Ramadhan yang mulia adalah bulan hadiah dari ALLAH S.W.T kepada kita. Bulan kita untuk mendapat bonus di akhirat. Syukur lagi kepada ALLAH S.W.T kerana kawe masih hidup dan sihat serta dipertemukan dengan dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan, kawe aRMaNiZaN ingin mengucapkan selamat berpuasa, beribadat, dan menikmati keberkatan bulan Ramadhan ini. Pesanan kawe kepada rakan sekalian dan terutamanya kepada kawe sendiri, pergunakanlah sebaiknya nikmat dan hikmah Ramadhan 1432H ini sebaik dan sesempurna mungkin. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan berguna dari tahun sudah.. Selamat berpuasa dan beribadah dari kawe..aRMaNiZaN
video thanks to You Tube- Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai
Terimalah dari kawe pantun sempena Ramadhan..
Tarawikh dibuat lapan rakaat
Doa dipanjat memohon ampun
Bulan Ramadhan bulan ibadat
Nikmat dari ALLAH sekali setahun
Juadah berbuka beraneka warna
Air dan kuih penambah juadah
Ramadhan bulan penuh berguna
Jadikan Ramadhan bulan ibadah
Makan berbuka lauk kerabu
Kerabu mangga seringgat lima
Sekian lama kita menunggu
Akhirnya Ramadhan sudah menjelma
Jalan-jalan di bazaar Ramadhan
Mari membeli kuih samosa
Sudah tiba bulan dinantikan
Sebulan penuh kita berpuasa
Buah cempedak diluar pagar
Buah betik dalam peti ais
Saya budak baru belajar
Kalau tak puasa tolong panggil JAIS
Hari panas puasa mencabar
Rasa nak minum apakan daya
Samalah kita pakat bersabar
Lepas puasa kita beraya
Orang tak puasa makan coco bar
Makan pulak dalam changing room
Orang tak puasa spesis tak sabar
Dapat tangkap kita pakat boom
Kita khusyuk bermain sudoku
Mata pedih kepala nak pitam
Bulan puasa bisnes bauhulu
Bila raya bolehlah melaram
Suhu di Jepun sejuk sekali
Tak pakai sweater sejuk beku
Raya disambut dengan famili
Menjamu selera dengan berbequ
Orang kawin kita nak juga
Sayangnya bajet tak cukup lagi
Sempena Ramadhan bakal menjelma
Salah dan silap harap dimaafi
Pantun by..aRMaNiZaN (created at 28-7-2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Salam Ramadhan 1432 Hijriah (2011)"
Post a Comment