Bersih 9.7.2001 : Kuala Lumpur Malaysia

Semua Tahanan Bersih 2.0 Bebas Malam Tadi


KUALA LUMPUR, 10 Julai: Semua tahanan Bersih 2.0 telah dibebaskan oleh polis malam tadi, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang turut ditahan.

Mangsa terakhir yang dibebaskan adalah pada jam 10.30 malam termasuk para pemimpin PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara yang awal dibebaskan iaitu dihantar oleh polis jam 6.45 petang ke rumah penginapannya di Sentul.

Pemimpin PAS yang turut ditangkap adalah Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, Dr Dzulkefli Ahmad dan lain-lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, 1,401 orang telah ditangkap dalam perhimpunan Bersih 2.0 di sekitar ibu negara semalam.

Mereka ditangkap segenap tempat seluruh Kuala Lumpur.

Pasukan Peguam PAS sahaja mencatat 591 nama mereka yang ditangkap berdasarkan rekod mereka.

Ramai yang menganggarkan kira-kira 50,000 peserta berjaya masuk ke Kuala Lumpur semalam dengan ratusan ribu lagi dikatakan tidak dapat masuk.

Bandaraya Kuala Lumpur disekat dari dimasuki orang luar sejak jam 12 malam 8 Julai.

Semua kenderaan yang manghala ke pusat bandar dilencongkan keluar.

Kenderaan awam seperti komuter dan lrt dikatakan tidak berhenti di stesen yang terletak di tengah bandaraya.

Hanya motorsikal yang dikatakan berjaya mencelah masuk.



-sumber gambar Bersih 2.0 dari pelbagai..minta dihalalkan

P/S- sumber thanks to HarakahDaily (http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4282-semua-tahanan-bersih-20-bebas-malam-tadi)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Bersih 9.7.2001 : Kuala Lumpur Malaysia"