Bosan.... Termenung...


Malam ini adalah malam yang amat membosankan sekali. Mana taknya, aku tak tahu nak buat apa malam ni. Kesedihan team Kelantan tewas dalam Piala Malaysia hari tu masih lagi aku rasai kesakitan dan kefrustannya. Aku baru sahaja siap menaip kerja cket.. bosan... Housemate aku la tu duk chating. Aku pulak, sambil layan lagu jiwang, sambil menaip cerpen dan asaiment.

Bosan.. apa agaknya nak dibuat ya. Nak tido mata tak ngantuk lagi. Entahlah, aku tak tahu apa yang hendak dibuat. Sekadar mencoret di dalam blog aku jer. Hai... bosannya.. Hendak keluar, aku nak pegi mana ek??

Dah la malam ni aku pekena nasi kari tenggiri dengan mee bandung (tunang aku tercinta yang masak). Kenyang wa cakap lu. (Buaarrfpp-sendawa.)Di tambah dengan hujan yang renyai2 kat luar tu membuatkan mata kau menjadi kuyu dan lemah untuh dibuka. Seolah-olah ada gam 20sen yang menempel di kelopak mata ku ini. Ohh, apakan daya aku insan yang lemah tidak dapat menghadapi perasaan ini. Perasaan yang memerlukan aku meletakkan bantal di kepala sebagai penawarnya, dan selimut menutup tubuh sebagai ubatnya. Aku rasa elok aku tido aje lah.. hehe . Esok keje beb. Chow dulu ar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Bosan.... Termenung..."