Juara Piala Malaysia 2009..

Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana telah menjuarai Piala Malaysia. Biarpun permainan malam itu dicemari oleh kenakalan penyokong2 Kelantan ia adalah perkara biasa dan tidak perlu dijadikan cerita utama sangat. Sama seperti pemain Kelantan yang dibaling mercun semasa bermain di Perlis, itu lagi merbahaya kerana jarak mercun meletup hanyalah satu kaki sahaja dari kepala. Bayangkan kalau terkena mata?

Permainan malam itu adalah yang terhebat aku saksikan kerana banyak pemain Kelantan melambung diterjah dan aku puji semangat dan kekentalan 'Pahlawan Merah' yang tidak bertindak agresif walau diterjah berkali-kali. Tahniah..

Para penyokong pula, seharusnya tidak melakukan aksi yang boleh memalukan negeri kita. Namun, aku tidak mempersalahkan penyokong setia 'Pahlawan Merah' kerana mereka pun kecewa kerana mereka sanggup datang dari Kelantan, berhujan dan bersesak serta diejek di dalam stadium semata-mata mahu meberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Cuma saluran melepaskan kekecewaan mereka sahaja tidak betul. Mereka tidak sepatutnya membakar stadium. Bayangkan jikalau berlakunya kebakaran besar malam itu, pasti akan merbahayakan nyawa. Apa-pun penyokong Kelantan sememangnya penyokong yang sanggup berkorban demi pasukan mereka dan berjaya membuktikan kita ore Kelate bersatu hati. Tahniah!!

Kesabaran, dan keprofesionalan pemain Kelantan adalah sesuatu yang boleh dipuji. Walau Kelantan tidak membawa pulang Piala Malaysia, Kelantan tetap yang terbaik dan Kelantan sudah melakukan yang terbaik pada malam itu. Aku yakin, tahun depan Red Warrior akan lebih garang dan gedebe lagi.. OLek-olek Sek Kito.. Gomo Kelate Gomo..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Juara Piala Malaysia 2009.."