Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM 2009????
Posted in
Labels:
culture
|
Pada 22 November 2009 yang lalu berlangsung Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM 2009. Begitulah lebih kurang tajuknya.. Memang malam tu aku sampai menggigil excited kerana tak sabar-sabar hendak menonton rancangan yang dipanggil Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM 2009 (begitulah lebih kurang bunyinya). Sampaikan tunag aku ajak pergi makan pun aku tak nak. Housemate aku ajak gi uptown beli pendrive pun aku tak pergi. Punyalah excited nak tengok dikir barat.
Tepat jam 8.34 malam tercongaklah aku depan tv dan terus membuka TV1. Aik..?? Rupa-rupanya pertandingan dikir barat ini ditukarkan ke TV2. Bertambahlah degupan jantung aku bukan kerana excited tetapi dek kerana panas hati sebab TV rumah aku tak jadi TV2 nya.. Nasib baik intenetnet malam tu laju maka dapatlah jua hamba mononton dalam internet.
Bila rancangan bermula aku rasa kagum dengan pentasnya yang gilamg gemilang terbilang itu. Ditambah pula dengan kemunculan cameo dari OTAi dikir barat saudara Halim Yazid. Menambahkan lagi lah kegranded malam tu. Bila tengok baju pendikir pulak, fulamakkkkk.... Memang kagum sangat-sangat.
Maka sahibul hikayat bermulalah, pertandingan malam itu dari kumpulan....... err.. aku tak kenal dua-dua kumpulan. Pusingan pertama dengan lagu jogho, karut yenki, lagu kreatif dan karut kelantan sedas-dua. Bila masuk pusingan ke-2 bermulalah acara lawak dari kedua-dua tukang karut. Lawak pertama adalah dari tukang karut pasukan first. Tajuk malam tu adalah bercinta selepas khawin lebih baik dari bercinta sebelum khawin. Tajuknya baik, tapi amat memeningkan kerana berjela-jela panjangnya. Aku pun bukannya pandai dalam dikir barat tapi cuma aku terfikir, tak boleh ke bagi tajuk yang pendek dan padat? Tajuk yang berjela-jela menyebabkan tukang karut pun mengarut-ngarut.
Berbalik kepada tukang karut pertama, sepatutnya dia kena hujahkan isi mengapa menyokong kenyataan berkhawin selepas khawin lebih baik, dan bukannya mengutuk gu lawan dengan mengatakan gu lawan jahil lah, tak reti agama dan macam-macam lagi.. (semua yang tangok dan DENGAR isi karut malam tu tahulah). Lepas tu, second team pulak, tukang karut team ke dua pulak menghentam tukang karut team 1 (kata tukang karut bawak pompuan dan macam-macam,. So,sapa tengok dan DENGAR dia tahulah). Masalahnya sekarang, mereka bukan berhujah isi tajuk yang diberikan kepada juri di hadapan tetapi masing-masing mengutuk peribadi sesama tukang karut dengan tidak mengendahkan juri di depan (tunjuk punggung ko juri). Medan perbahasan isi bertukar jadi medan 'pergaduhan' peribadi dan seolah-olah aku tengok pertandingan malam itu seperti persembahan dikir barat di kampung-kampung yang dipenuhi lawak jenaka.
Kadang-kadang sampai aku terfikir, macam ni je ke kualiti team yang sampai final peringkat kebangsaan? Aku ingat final MAKUM (pertandingan dikir barat inter Universiti) lagi bagus. Bukan hendak mengutuk atau niat menghina tetapi korang semua boleh tepuk dada tanya selara korang sendirilah. Best ke tidak show malam tu..Bagi akulah, malam tu adalah malam pertandingan paling tidak best sekali. Kalaulah final RTM next time dia buat format sebagaimana format final MAKUM, iaitu 4 team pada pusingan final lagi bagus. Banyak sikit pilihan hendak cari siapa johan berbanding 2 team sahaja.
So, itu sahaja aku dapat ulas untuk diri aku sendiri. Orang lain punya pandangan itu adalah hak masing-masing. Diharapkan penganjuran tahun depan adalah lebih baik seperti tahun-tahun sebelum ini. Apa-pun, syabas kepada RTM sebab masih lagi menganjurkan pertandingan dikir barat. terima kasih dari kami rakyat Kelantan kerana budaya kami dapat sambutan di hari RTM. Cuma..pening sikit sebab dalam pertandingan dikir barat malam itu ada lagu-lagu yang bukan dalam aliran dikir barat seperti lagu India, Cina, Nogori 9, suku kaum Sarawak, Sabah. 1Malaysia????????? Jangan kata aku ni tak sokong 1M pulak tapi nampak sangat tak sesuai bro.. Macam korang makan nasi lemak digaulkan sekali dengan tosai, campur yong tau fu, mee kolok (sabah) dan bubur pedas (sarawak)dalam makan dalam satu pinggan? Tak ke mabuk jawabnya. Nak buat macam tu boleh, tapi biar kena pada tempatnya, masanya dan acaranya. Jangan terlalu nak tunjuk 1Malaysia sampai kita laksanakan program ni gelojoh sangat. Benda sepatutnya jadi, buat macam ni jadi tak menjadi pulak.. Haruu-biru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM 2009????"
Post a Comment