Cerita Yang Cukup Mengecewakan..
Posted in
Labels:
armanizan
|
AYER HITAM: “Saya tidak sanggup melihat kesengsaraan isteri apabila dipaksa pulang kerana bayi dalam kandungan tidak mahu keluar. Macam mana isteri mampu bersalin sedangkan bayi sudah beberapa hari meninggal dunia.
“Sudahlah mereka tahan isteri saya dalam wad selama enam hari sejak Ahad lalu (1 November), malah memasukkan enam pil ke dalam faraj isteri untuk memudahkan bersalin,” kata Ramli Omar, 52, bapa kepada bayi perempuan yang terpaksa ‘disimpan’ dalam perut ibunya walaupun sudah meninggal dunia di Kampung Tempayan Pecah, di sini, kelmarin.
Ramli mendakwa, selepas enam hari berada di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, doktor menasihatkan isterinya pulang ke rumah untuk berehat sebelum datang semula pada Isnin (hari ini) untuk mengeluarkan anaknya yang sudah meninggal dunia itu.
Beliau berkata, dia sedih kerana isterinya terpaksa melalui detik memeritkan itu apabila bayi dalam kandungan yang sudah meninggal dunia dibiarkan enam hari tanpa sebarang usaha mengeluarkannya.
Menceritakan kisah sedih itu, Ramli berkata, dia membawa isterinya, Zainab Lateh, 48, ke Klinik Kesihatan Ayer Hitam, pada 1 November lalu untuk mendapatkan rawatan berikutan isterinya mengadu sakit perut.
“Bagaimanapun, doktor merawat isteri saya memaklumkan bayi dalam kandungan sudah tidak bernyawa dan mengarahkan merujuk perkara itu ke HTF untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Tanpa berlengah, saya terus membawa isteri ke HTF pada hari sama kerana bimbang perkara buruk berlaku ke atas isteri dan anak,” katanya ditemui selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam, di sini, kelmarin.
“Pihak HTF memeriksa kandungan isteri dan mengesahkan bayi sudah meninggal dunia. Bagi mengeluarkan kandungan, jururawat memasukkan beberapa pil bagi memudahkan isteri bersalin,” katanya ditemui selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam, di sini, kelmarin.
Ramli yang bekerja sebagai petani berkata, isterinya ditahan di wad HTF selama enam hari kerana belum tiba masa bayi itu keluar sedangkan dia sudah meninggal dunia.
“Pihak HTF mengarahkan supaya isteri balik ke rumah untuk berehat dulu kerana belum tiba masa bayi itu keluar dan meminta kami datang semula pada Isnin (hari ini).
“Saya minta keizinan jururawat supaya merujuk kes ini ke hospital di Alor Star kerana bimbang kesihatan isteri dan bayi dalam kandungan terjejas,” katanya.
Dia terus membawa isterinya ke hospital pakar di Alor Star.
“Doktor pakar terus memasukkan pil ke dalam faraj isteri pada jam 7 malam dan tidak sampai satu hari, mayat anak saya keluar pada jam 9 pagi esoknya,” katanya.
“Saya tidak sanggup melihat jenazah anak yang sudah kebiruan-biruan. Lebih mengecewakan hospital itu tidak memotong tali pusat bayi dan diletakkan dalam keadaan tertangkup sebelum menyerahkan jenazah itu,” katanya.
Katanya, satu demi satu dugaan dilalui kerana sikap dua hospital yang tidak bertanggungjawab menguruskan isteri dan anaknya.
“Saya terpaksa memanggil jururawat Klinik Kesihatan Ayer Hitam untuk memotong tali pusat anak sebelum dimandi dan dikapan bagi urusan pengebumian.
“Saya sedar kami miskin tetapi janganlah dilayan isteri dan anak sebegini. Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas hospital berkenaan,” katanya sedih.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Mahani Yusoff, berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu sebelum membuat sebarang kenyataan rasmi.
P/S- cerita ni aku ambil dari http://www.hmetro.com.my (9 November 2009). Aku cukup tersentuh dan terkilan dengan apa yang berlaku. Dan aku cukup kecewa dan pernah lalui pengalaman sebegini beberapa kali. Orang miskin yang pakaian buruk2 kalau pergi hospital akan dilayan dengan layanan yang amat tidak memuaskan... Entahlah sampai bila sikap diskriminasi dan double standard ini akan berakhir. Aku doakan orang yangsuka menganiaya dan menghina orang ini akan dibalas seberat-berat azab.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Cerita Yang Cukup Mengecewakan.."
Post a Comment