Surat Terbuka Buat JAHEAIK

Attn:

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan


Assalamualaikum,

Saya adalah anak kelahiran negeri Kelantan dan menetap di Selangor. Saya ingin mendirikan perkahwinan selepas hari raya ini (2011). Masalah yang dihadapi ialah untukmejalankan ujian HIV. Sebelum menjalankan ujian HIV saya ada merujuk rakan-rakan yang berasal dari KElantan, bekerja di Selangor tetapi ingin melangsungkan perkahwinan di Kelantan.

Soalan yang saya tanyakan ialah bolehkah menjalankan ujian HIV di Selangor dan dihantar secara pos ke KElantan. jAwapan yand diterima ialah tiada masalah berdasarkan pengalaman mereka.

Kemudian saya dan bakal Isteri menjalankan HIV test di Selagor dan menghantar segala dokuman ke KElantan. Maklumlah hendak pulang memakan masa dan kos.

Masalah sekarang form HIV kami ditolak oleh Imam Mukin bakal Isteri. SEcara tidak langsung, penilakan ini menimbulkan kerumitan kerana Imam Mukim tersebut manjelaskan perlu PULANG KE KELANTAN dan mejalankan HIV test di KELANTAN SEKIRANYA HENDAK BERKAHWIN di Kelantan. Persoalannya saya keliru, adakah perlu saya lakukan HIV test di Kelantan ATAU minta Saudara di Kelantan tolong ambikan form JAHEAIK/HIV dari mana-mana klinik di Kelantan, kemudian poskan kepada saya untuk kegunaan disini? Haramandapat jawapan yang JELAS supaya proses perkahwinan kami berjalan dengan tenang, dan tanpa masalah.

Juga saya secara ikhlas dan merayu kepada pihak JAHEAIK agar menguar-uarkan, memgumumkan, mencanangkan perkara ini dengan lebih jelas, meluas kepada semua anak muda KELANTAn yang bakal berkahwin tentang perkara ini. Kerana masih ramai yang tidak tahu prosedur yang sebetulnya Perkahwinan di Kelantan.

Mungkin bagi mereka yang berkursus kahwin di Kelantan sudah mengetahui perkara ini semasa menghadiri kursus, tetapi bagaimana dengan kami yang menghadiri kursus kahwin di luar dari negeri Kelantan.

Harap difikirkan satu alternatif menyebarkan dan update semula Soalan Lazim yang seringkali dijadikan pihak JAHEAIK sebagai link untuk rujukan mereka yang bertanya di kulum ini. Link (http://www.jaheaik.gov.my/index.php/buku-tetamu/soalan-lazim?catid=1) bertajuk: Apakah Dokumen-dokuman Yang Diperlukan Untuk Melangsungkan Perkahwinan? / Bagaimanakah Prosedur Permodonan Perkahwinan- tidak menyebut selengkapnya borang HIV (orm JAHEAIK/HIV) perlu digunakan untuk menjalankan HIV test.

Harapan saya yang menulis surat terbuka ini, agar selepas ini pihak JAHEAIK lebih prihatin terhadap apa yang dipublishkan di laman rasmi ini dan lebih penting, ia memberi maklumat BERGUNA buat kami, rakyat Kelantan yang bakal 'membina Masjid'. Agar proses perkahwinan kami berjalan lancar dan diberkati ALLAH S.W.T.

Keperihatinan dan kerjasama pihak JAHEAIK saya nantikan dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

-membangun bersama Islam-

Mohd Arman Bin Arifin
Anak Kelate Sejati di perantauan

Link Prosedur Perkahwinan yang disediakan JAHEAIK



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

2 Response to "Surat Terbuka Buat JAHEAIK"

  1. Unknown says:
    January 10, 2012 at 11:16 AM

    saya juga mengalamai masalah yang sama. Apakah tindakan yang en dah buat..boleh berkongsi dengan saya?

  2. Anonymous Says:
    November 4, 2012 at 9:16 AM

    sy pon sama...jd apa jwpannya?boleh tak jalani ujian HIV di Selangor tp kawin di Kelantan?