Hari Paling Penat & Seronok Jugak.. Tired & Fun Day

Last February 14, 2010 I was stuck on train about 19 hours before arrived safely at my hometown because there was a train problem. But thanks to that because I was knew more new friends and this is a memories that I and my fiance never forget. But it quiet fun. I also snap some pic to all of my friends out there.

Jumpa lagi... Aku baru pulang dai kampung ni. Banyak benda nak kongsi. Kita buat ikut kronologi tau.. Tahun ni pulang ke kampung menyambut Chinese New Year adalah paling melesukan dan memenatkan. Apa tidaknya, tahun ini aku pulang dengan menaiki keretapi dan jangkaan aku tiba di stesen keretapi Wakaf Baru adalah dalam jam 10 pagi (ini pun dikira lewat). tetapi pada 14 Febuari yang lalu aku sampai di Wakaf Baru ngam2 jam 4 petang. Aku turun dari rumah aku di Kota Damansara ke KL Sentral am 5 petang (13-2-2010) bertolak dari KL Sentral jam 8.45 malam dan tiba jam 4 petang dan sampai di Kg.Sabak jam 5 petang menjadikan perjalanan aku pulang ke kampung tahun ni adalah 24 jam!!! Keretapi yang aku naiki mengalami masalah sedikit dekat stesen Gua Musang. Tapi, aku seronok kerana hari tu saja aku dapat ramai kawan dan menambah satu pengalaman baru dalam hidupku. Sementara menunggu keretapi siap, aku dengan tunang aku sempat makan nasi kerabu dua bungkus dengan air milo 4 bungkus, air sirap satu jag. Punyalah lama tunggu. Tapi seronok aku cakap korang.. Biar apa terjadi keretapi (KTMB) adalah pilihanku balik kampung. Pun begitu, sempat jugak aku membelasah sekeping dua gambar buat kenangan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

2 Response to "Hari Paling Penat & Seronok Jugak.. Tired & Fun Day"

  1. Mohd Saiful says:
    February 19, 2010 at 11:02 AM

    mcm kawe dulu man, nga miji n mamat...25 jam sekat...mjur ado set2 dio, kalu dop puah gilo...banjir ari 2...dari kajng smpai gemas, tarik blik g klsentral..pah ktmb sedia bas g k.lipis..pah 3,4 jam bru tolok blik p.mas...gilo r... tp service dio bgus, bagi mkn lagi..sume dio tnggung..

  2. aRMaNiZaN says:
    February 19, 2010 at 12:40 PM

    Jolo pu, kawe ari tu dia bui air tin dengan ceku jas. Tapi sedap la, buleh ramai saeng2. Ha ha. mujur kawe dengan tunang kawe. kalu dop, puah jugok