Pantai Sabak Menggamit Kenangan...




Cuti Chinese New Year yang lalu aku berkesempatan pulang dan pergi ke pantai yang banyak menyimpan kenangan buat aku. Pantai Sabak ialah pantai yang mana tempat aku bermain semasa kecil sehingga sekarang. Banyak kenangan suka duka, manis, masin, pahit yang aku lalui bersaksikan pantai ini. Di pantai ini juga aku dan rakan-rakan aku sewaktu ketika dahulu mengejar ketam, mencari remis, menangguk udang baring, membuat bola pasir dan mandi manda. Paling aku tidak dapat lupai ialah di pantai Sabak ini juga aku mempelajari menjala ikan dari arwah Abah aku yang tercinta. Di Pantai Sabak juga satu ketika dahulu menjadi saksi pendaratan gerombolan pertama askar Jepun dan sewaktu aku kecil, selalu juga aku bermian di kubu tinggalan tentera Jepun yang sekarang sudah ditelan lautan.



Aku membesar di pantai Sabak, menghirup udara pantai yang indah dan makan hasil laut yang segar. Manjadikan aku tidak dapat melupakan walau sedetik di mana aku berada yang aku ini anak Pantai Sabak. Setiap masa, aku mesti teringatkan pantai Sabak ini. Biarpun pantai Sabak sekarang tidaklah seindah dahulu, ia tetap menjadi satu kebanggaan kepada orang Sabak. Ia adalah satu kenangan, memori dan sejarah yang tidak akan terpadam dalam diri kami semua. Walau di mana aku berada, aku tetap berbangga dan sentiasa ingat yang aku adalah anak jati Kg. Pantai Sabak..



Hari tu aku lepaskan gian bersama anak-anak saudara aku dan adik aku pergi ke pantai dan aku menjadi kanak-kanak sekali lagi menikmati keseronokan di Pantai Sabak.. Adioss



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Pantai Sabak Menggamit Kenangan..."