Sambutan Maulidur Rasul 2010



Maulidur Rasul saban tahun diraikan di negara kita. Namun sejauh manakah penghayatan yang sebenar difahami? Aku pulang dari kerja tadi sudah hampir maghrib sampai di rumah. Namun masih ada lagi tetangga perempuan dengan kepala tidak bertudung masih lagi berborak-borak tatkala muazim sdang melaungkan iqamat. Kaum bapa masih lagi leka bermain takraw. Inikah pemimpin yang kita harapkan memimpin isteri dan anak-anak mereka?

Apa sebenarnya makna @ erti sambutan Maulidur Rasul ini buat kita di Tanah Melayu ini? Apakah dengan hanya berarak dan membawa sepanduk sudah selesai tugas kita? Cukupkah degan hanya berselawat dan makan-makan? Sudah sempurnakah dengan program-program yang dianjurkan? Adakah ini adalah yang sebenarnya tanda kita mengasihi Rasulullah S.A.W. Kita melakukan semua ini tetapi dalam masa yang sama mempersendakan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Kita meninggalkan al-Quran dan al-Hadith yang merupakan nikmat yang paling besar bagi seluruh dunia. Kita menolak sistem kehidupan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dengan memilih sistem barat. Tidak tahukah kita Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik contoh kerana Rasulullah S.A.W menerima ilmu terus dai Allah S.W.T.

Marilah kita mengimbau kembali keperitan Baginda Rasulullah S.A.W berjuang mengembangkan Islam untuk kita? Lupakah kita yang Rasulullah S.A.W telah terluka sewaktu berperang menegakkan Islam, lupakah kita bagaimana di saat Nabi Muhammad S.A.W menghadapi sakaratul maut? Rasulullah S.A.W hanya menyebut 'Umatku, umatku'. Sehinggakan sanggup meminta dengan Allah Yang Maha Kuasa agar kesakitan sakaratul maut umatnya ditanggung oleh Baginda seorang? Tidak tahukah betapa Rasulullah S.A.W menyayangi umatnya? Oleh itu, hayatilah sambutan Maulidur Rasul tahun ini dengan bermakna berbanding dari tahun-tahun yang lalu..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Sambutan Maulidur Rasul 2010"