Mee Bandung

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kawe ada sertakan resipi untuk akak suri rumah yang kebuntuan nak masak apa untuk suami tersayang, Cubalah Mee bandung ni. Selamat memasak dan menikmati nikmat berbuka...

Mee Bandung



Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)

-Mee / Meehoon
-3 biji bawang merah (dihiris nipis)
-3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
-2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
-RM 2 udang kering
-1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
-1/4 botol sos tomato
-2 biji tomato
-RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
-1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut -citarasa, jika suka pedas tambah lagi
-50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
-2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
-2 biji limau kasturi
-4 biji telur
-200g udang

Cara-cara

• Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
• Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
• Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
• Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
• Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
• Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

P/S- thanks and credit to who create this recipe..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Mee Bandung"