Terima Kasih Polis Trafik

Baru-baru ini, Sabtu 13 Ogos 2011 kawe dan tunang bertandang ke rumah my future brother in law di Puchong menghadiri majlis berbuka puasa. Dalam perjalanan kawe pada hari tu diiringi oleh hujan rahmat yang cukup mendamaikan.

Apa yang nak kawe kongsikan ialah bila mana sampai di area Subang USJ, keadaan jalan agak jem berserta deruan hujan yang lebat.


Sempat jugak kawe amik gambar untuk update ke dalam blog. Saat kawe duk snap foto ternampak kelibat abang polis trafik tengah mengawal lalulintas. Lantas kawe amik la gambar sekeping dua.



Pada masa tu punylah sejuk sangat suhu disebabkan hujan. Bagaimana agaknya dengan abag-abang polis yang dua orang tu? Terdetik dalam hati kawe betapa berdedikasinya anggota polis trafik ini menjalankan tugas. Sungguh kagum dan rasa hormat pada mereka berdua ini kerana melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

Apa yang kawe nak ungkapkan bahawa tak semua polis ni kejam. Ada yang baik dan bertanggungjawab seperti dua orang anggota polis trafik ini. Kawe ucapkan tahniah dan syabas kepada mereka bedua dan moga mereka tidak jemu terus menerus berkhidmat kepada rakyat. Doa kawe agar diberikan oleh ALLAH S.W.T kepada mereka kesihatan semoga mereka akan dapat menjaga amanah yang diberikan. Sikap mereka patut kita puji dan jadikan iktibar. Tak semua polis kejam..aRMaNiZaN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Terima Kasih Polis Trafik"