Happy Merdeka Day To All 1Malaysian!!!



I want to wish all of Malaysian, happy celebrating Malaysia's 'merdeka' day @ independent day. I hope new generation can understand what independent mean. Hope, this year merdeka not shitted by bad thing by stupid teen like race, free sex and other damn attitude.

Kawe ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh warga 1Malaysia. Harapan kawe (kawe tulis artikel ni jam 11.49 malam), malam ni tidak akan ada aktiviti yang tidak bermoral dilakukan dan harapan kawe lagi agar pihak berkuasa mengetatkan pemantauan. Tak nak 9 bulan nanti, anak tong sampah hasil malam ni akan membanjiri tong sampah negara kita nanti.... MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kid Babbling @ Budak Membebel!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Pakistan Flood!!! @ Banjir di Pakistan..

Kita harus bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih lagi hidup senang lenang. Tu pun ramai jugak yang tidak bersyukur. Tengah kita seronok jangan lupa penderitaan saudara seagama kita di dalam kepayahan dan kesusahan. Sama-sama kita membantu rakyat Pakistan yang dilanda banjir terburuk dalam sejerah negara mereka. Sama-sama kita juga berdoa agar ALLAH S.W.T melindungi mereka. Insya-ALLAH.

Di bawah adalah antara video banjir di Pakistan.

















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Girl's Raped!!! @ Gadis Pasrah Dirogol Beramai-ramai!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Mintak Cerai!!!




Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol) duduk berehat2 di depan rumah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit) huhuhu.. Sementara itu anak aku yang berusia 3 tahun sedang bermain-main di ruangan tamu. Aku lihat dia tersenyum sorang-sorang. Ape lah yang dia pikir agaknyer. Isteriku? Ade kat dapur nun, memasak. Bahagia kan famili ku ini. Isteri aku memang cukup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata-kata menghiburkan kami sefamili. Alahai... aku senyum sorang-sorang gak bangga memiliki famili ni.


Tengah aku dok senyum-senyum tetibe anak aku datang...'abah..mak nak cerai...'

Aku tersentap!!! mata ku automatik bepinar. Rokok tetap maintain kt mulut.

Tetibe je dia nak minta perpisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah, cukup
nafkah zahir dan batin aku bagi kat bini aku tuh.

Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe). Lepas tu kereta kat depan umah tu memang aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 tahun 1999). Ape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur.


'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABG KAT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI
KE SMPAI AWAK NAK MINTA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG CAM NIE.....!!!!'



Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?


YAH! AWAK JGN UJI SAYA!


Iye lah..kalau berani buat lah...Cepat la abg..


YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU!Kaki aku dah mengeletar, peluh menitik-nitik, hidung aku kembang kempis, kat telinge aku dah terdengar-dengar lagu black metal. Jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni pergi lah ambik serai tu cepat!! Boboi tak cakap kat awak ke...


HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....

p/s- Cerita ni member kawe email. So kawe kongsi bersama untuk hiburan. (aRMaNiZaN)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Hati - Hati, Ingat Bulu Kambing, Tapi Bulu Babi Rupanya!!!

Keliru nih, kawe rasa pening. APa akan jadi kalau ada produk bulu babi macam ni. Macamana nak tahu dan nak bezakannya dengan bulu biri-biri? JAKIM kena bertindak cepat. Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria ini mungkin bulunya sudah dijadikan fabrik pakaian. Entah-entah sudah kita pakai. JAKIM, perlu mainkan peranan dengan menjalankan pemeriksaan terhadap semua fabrik yang melibatkan bulu yang ada di Malaysia. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan orang muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati semua. Kawe harap selepas ini nak membeli sebarang fabrik bulu biri-biri kena hati-hati takut yang dibeli bulu menatang ni!!!







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Dinar & Dirham Kelantan Meneraju Perubahan!!!



Dinsman: Wajah Kota Bharu & Kelantan Akan Segera Bertukar...

Keluar dari Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) tengahari Khamis 2 Ramadhan 1431 (bersamaan dengan 12hb. Ogos, 2010), saya seperti melihat wajah Kota Bharu dan Kelantan yang berbeza sekali. Wajah yang sama sekali baru. Sebuah "Financial Hub" (Hub Kewangan) baru yang bertaraf dunia, berasaskan Dinar dan Dirham Kelantan, sedang bermula disini.

Ramai orang akan terkejut dengan peristiwa yang tak dijangka ini. Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikeluarkan oleh Kelantan, yang baru tadi dilancarkan oleh Menteri Besar Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dengan disaksikan oleh wakil-wakil dari beberapa negara Luar seperti Sepanyol, Jerman, Switzerland, Dubai, Indonesia (Acheh) dan Filipina (Sulu) akan segera menarik perhatian dan kepercayaan ummah dari seluruh dunia dan akan segera mengubah wajah Kota Bharu dan Kelantan.

Kota Bharu dan Kelantan selepas 2 Ramadhan, 1431 tidak akan sama lagi dengan yang sebelumnya. Sama sekali berbeza. Dan saya fikir proses perubahan ini tidak akan mengambil waktu yang lama. Inilah dia, Kelantan akan benar-benar mengubah Malaysia!

Sewaktu melangkah masuk ke dewan konvensyen KTC paginya, untuk menyaksikan perasmian pelancaran Dinar dan Dirham tersebut, saya sama sekali tidak menjangka bahawa apa yang akan disaksikan di situ adalah sedemikian hebatnya.

Saya fikit orang lain juga sama seperti saya, tidak menjangkakannya, kecuali beberapa orang yang terlibat dalam usaha itu sendiri, yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa dan dua orang kuat syarikat Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) - Prof. Umar Ibrahim Vadillo (CEO) dan Nik Mahani (Pengarah Eksekutif).

KGT ialah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek Dinar dan Dirham Kelantan ini. Prof. Umar (berasal dari Sepanyol) dan Nik Mahani (berpengalaman luas dalam perbankan) adalah tokoh yang telah lama bekerja keras bagi melihat Dinar dan Dirham kembali digunakan oleh umat Islam di dunia. (Nik Mahani juga telah menghasilkan beberapa buah buku yang berkaitan).

Maka sewaktu Umar bercakap memberi penerangan mengenai apa yang berlaku disebalik pelancaran Dinar dan Dirham (D&D) tersebut, saya mula menyedari bahawa suatu gerakan pembaharuan dalam sistem kewangan sedang terjadi. Bahawa pelancaran D&D Kelantan ini bukanlah suatu kejadian terpencil yang sekadar lanjutan daripada pelancaran Dinar Kelantan 2006 dahulu tetapi ia adalah manifestasi suatu gerakan ummah yang secara kebetulan terzahir di Kelantan, hasil daripada suatu kepimpinan politik Islam yang berani yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.





Maka apabila wakil dari Indonesia tiba-tiba menjadi sebak dan tak dapat melafazkan ucapannya buat seketika di atas pentas, saya terasa bahawa kesedaran itu tiba-tiba membuak-buak di dewan konvensyen itu. Dengan suara yang tersekat-sekat dia menyatakan bahawa kebekuan ummah yang berlaku sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyah di Turki seratus tahun lalu, kini sedang mencair semula.

Beliau terharu kerana menyaksikan kebangkitan ummah melalui penggunaan semula matawang Dinar dan Dirham yang turut diusahakannya di negaranya itu, rupa-rupanya kini telah menjadi kenyataan di Kelantan.



Dan secara diam-diam pula rupa-rupanya KGT telah berjaya mendapatkan persetujuan lebih daripada seribu kedai di Kelantan, yang bersedia untuk menerima dinar dan dirham Kelantan dalam urusan jual-beli mereka. (buku senarai kedai-kedai tersebut turut dibekalkan kepada hadirin di majlis itu). Malah Bank Islam dan Tabung Haji juga telah bersetuju untuk menerima D&D itu.

Dalam majlis perasmian itu juga diumumkan sebuah syarikat di Kelantan telah bersetuju membeli Dinar bernilai RM1 juta, iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan Berhad. Manakala dari Kuala Lumpur seorang peniaga, Hishamuddin Tan Sri Ubaidillah, tampil membayar zakat bernilai 15 ribu dinar, yang diterima oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dari Kuala Lumpur juga sebuah kedai menunjukkan komitmennya menerima D&D Kelantan dalam urusan jual-belinya dengan melakukannya di pentas majlis itu iaitu Saba Islamic Media dan di pentas itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK menyampaikan bayaran gaji kepada CEO PMBK, IR Haji Mustafa Salleh dalam bentuk Dinar Kelantan.




Demikianlah makanya sewaktu melangkah keluar dari bangunan KTC tengahari Khamis 2hb. Ramadhan, 1431 itu, saya bukan sahaja terbayangkan wajah baru yang akan menjelma bagi Kota Bharu dan Kelantan tidak lama lagi, tetapi juga merasakan perubahan sedang berlaku dalam fikiran saya sendiri, mengenai beberapa perkara yang saya anggap penting dan utama dalam menilai kecemerlangan pentadbiran Islam di Kelantan.

Memang ini suatu peristiwa yang sedang berlaku di Malaysia, sesuatu yang sepatutnya berlaku di peringkat Nasional, tetapi ianya berlaku di peringkat negeri yang dikuasai oleh pembangkang, namun mempunyai impak yang bertaraf antarabangsa.

Sesiapa yang hadir dalam majlis pelancaran itu pasti akan merasai bahawa ia adalah sebuah peristiwa peringkat antarabangsa yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan. Matawang Dinar dan Dirham Kelantan yang dilancarkan itu bukannya dicetak di sini, tetapi di Dubai oleh World Islamic Mint mengikut standard yang diperakui oleh World Islamic Trade Organisation (WITO).

Maka dengan membayangkan Kota Bharu suatu hari nanti akan menjelma sebagai "World Islamic Financial Hub" berasaskan matawang Dinar dan Dirham itu, apakah saya berimaginasi keterlaluan? Saya fikir tidak dan saya menjadi begitu yakin apabila mendengar Dato'Paduka Haji Husam Musa sendiri menjawab soalan saya itu dengan menceritakan perancangan masa depan Dinar dan Dirham Kelantan sewaktu para jemputan telah ramai meninggalkan bangunan KTC, tengahari awal Ramadhan yang sangat bersejarah itu.




p/s- kawe terima tulisan Pak Dinsman ini melalui email kawe yang dihantar oleh housemate kawe. Sama-sama kita membaca dan berkongsai maklumat berkenaan Dinar & Dirham Kelantan ini. Kawe sebagai rakyat Kelantan menyokong 1000% pelancaran D&D Kelantan ini dan berbangga dengan kewujudannya. Tahniah Tok Guru dan saf kepimpinan Kelantan dari kawe aRMaNiZaN....(mas kahwin kawe nanti nak buat pakai dinar emas jugak cadangnya. Insya-ALLAH)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

A Hard Question @ Soalan Susah!!!



Every day we eat different things. Sometime we eat rice with chicken curry, tomyam, soup, fried rice and many kinds of fruit. But, what we need to face today is 'what is our menu today?'. This kind of question always attacking me everyday especially in evening when time almost 5 pm. My office mate always ask me what should they cook today. I ask them why asking me? They said everyday they cook every kind of menu until they don't have any menu and idea left. So, they starting boring eat same menu daily and try to figure out what's new menu. But, the problem is they didn't know what they should cook, so they ask me. And me, suddenly got headache because their question same with my fiance question - "What we want to eat today? What should I cook today?". Aaaaarghhh.. this kind of question quiet simple but I can't answer it!!! Because in my mind also already have that question. What should I eat today????

Sepanjang bulan puasa ini, tiap-tiap hari kawe rasa seolah-olah kawe makan lauk yang sama. Padahal menunya berlainan tetapi kerana semuanya menggunakan ayam, kawe rasa semua adalah sama. Ye lah, mana taknya rasa sama dah kalau makan nasi lauk ayam, tomyam ada ayam, paprik ayam, sup ayam, mee goreng taruk ayam, nasi ayam lagilah banyak ayam. Kadang-kadang kawe naik boring jugak makan nasi sebab asyik ayam je menu. Cuma bezanya cara ia dimasak manjadikannya memiliki banyak nama. Tapi kawe bersyukur kerana di beri nikmat oleh ALLAH S.W.T makanan yang berzat. Cuma kawe sudah muak makan ayam. Malah, paling pening bila tunang kawe tanya apa nak di masak hari ini? Aduuiii, pening nak menjawabnya kerana kawe tak tahu lagi nak makan apa.

Kawe rindukan masakan tradisional seperti kerabu, masak pedas betik, sambal petai, masak asam tempoyak. Fuhh. kecur air liur. Tapi mana nak cari benda-benda macam ni ek? Nak masak, resipi pulak kawe tak tahu. Adoiiii..... Sakit kepala!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Buah Tampoi @ Buah Ngeke..



Kali ini kawe nak bercerita tentang buah. Aa aa aa..bukan 'buah' tu tau. Tapi buah-buahan tempatan yang agak klasik dan semakin luput dari ingatan kita. Iaitu buah Tampoi atau belah negeri kawe dia panggil buah ngeke. Tujuan kawe post pasal buah ni sebab kawe perhatikan sekarang sudah kurang dijual. Bermakna ia sudah semakin pupus dan akan hilang kalau kita tidak menjaga kaum buah ini.

Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat hutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara, khususnya di Borneo.Pokok Tampoi tergolong dalam spesies diesius, iaitu pokok ini hanya dapat menghasilkan sejenis gamet tunggal. Pokok betinanya menghasilkan buah terus pada batang dan cabang besar. Buahnya besar, dengan kulit yang berwarna jingga dan isi yang berwarna putih. Rasanya masam seolah-olah buah limau tangerin. Bergantung kepada keadaan, buahnya melitupi batang pokok dengan indah seperti dengan banyak spesies Fikus. Nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa.



Buah Pokok Tampoi juga dikenali dengan nama buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat dan di Johol, Negeri Sembilan serta di Johor. Bagaimanapun, buah ini tidak begitu popular berbanding dengan durian, dokong atau rambutan. Banyak yang tidak pernah makan buah tampoi dan tidak tahu namanya.

P/S-Sumber dari (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Tampoi)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Charlie Bit Me!!!



Very nice kids and they really cute and quite famous kid in you tube world. Hahaha. And more funny when some guys and chicks around the world remake this "charlie Bit me' scene.

Hahaha.. itulah kata-kata kawe bila tengok video clip ni. Setakat ni, video ini adalah antara terpopular dalam You Tube (tiub kau). Ia telah diview sebanyak 219 631 662 kali setakat kawe menulis artikel ini. Malah, kepopularitiannya video clip ini telah menyebabkan ia telah di remake semula oleh mereka yang tak ada kerja. Apa pun memang kelakar dan sama-sama kita layan video original 'Charlie Bit Me' dan beberapa video remakenya.

Original Video 'Charlie Bit Me'



Clip Re-Make 'Charlie Bit Me'













............and you can see more in you tube just type keyword 'Charlie Bit Me Remake'....bye bye guys!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kuih Nekbat!!!



Sempena bulan puasa ni kawe upload satu jenis kuih yang sedap dan susah nak dicari di negeri selain pantai timur. Nama empunya badan kuih ini ialah Kuih Nekbat. Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.



Istiah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.-sumber dari (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_nekbat)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Rokok Elektronik @ Smoker Haven

Satu revolusi baru dalam bidang perokokan telah berlaku di U.S dan telah pun menjalar ke Malaysia. Satu kaedah menyedut rokok terbaru telah ditemui dan di Malaysia sudah hampir 2 tahun ia diperkenalkan. Kaedah terbaru ini ialah rokok elektronik!. Iaitu rokok yang dimodenisasikan dengan ianya boleh dicharge dan menjimatkan. Banyak jenama rokok spesis ini di Malaysia tetapi kawe hanya nak cerita pasal satu produk sahaja iaitu Smoker Haven. Untuk penjelasan lanjut, korang buleh tengok di laman web utamanya iaitu http://www.smokerhaven.com dan juga di http://smokerhaven77.blogspot.com.

Kawe sudah mencuba produk ini dan berkesempatan melawati salah satu kiosknya di Carrefour Kota Damansara. Ini adalah beberapa biji gambar kawe upload pasal produk tu kepada pembaca semua. Selamat menatap!!!








Kelihatan seorang pekerja Smoker Haven yang amat kacak dan tampan sedang memperagakan baju rasmi Smoker Haven yang sempat kawe rakam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Ramadhan Datang!!!



(Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan sudah datang mengunjungi anda bersama suaminya iaitu Rezeki dan kedua-dua anak mereka iaitu Sahur dan Iftaar. Mereka turut ditemani ketiga-tiga cucu mereka iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Insya-ALLAH. Amin..)

Kawe terima sms dari kakak kawe yang sulung (Along) malam tadi dan kawe tertarik dengan kata-kata ini. Lalu kawe update untuk penghayatan bersama. Bagi kawe, kedatangan Ramadhan kali ini adalah satu rahmat dari ALLAH S.W.T kerana kawe diberi kesempatan merasai kenikmatan Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu ya ALLAH!! Kawe harap tahun ini lebih baik dari tahun lepas puasa kawe dan juga puasa anda semua. Selamat berpuasa dan beramal ibadat!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Skuad Pemantau Penjawat Awam 'Curi Tulang' @ 'Ngular!!!'




Penjawat Awam ‘Curi Tulang’ Dirakam

PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.

Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut...(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

Di atas adalah petikan dari Utusan Online bertarikh 1 Ogos 2010. Ekoran dari kenyataan ini, kecoh di mana-mana sahaja berkenaan cadangan mewujudkan skuad pemantau dan penyiasat pekerja 'curi tulang' di sektor awam ini. Macam-macam reaksi dapat dilihat di dada akhbar mahupun di kedai-kedai kopi. Rata-rata mereka dari sektor swasta @ mereka yang bukan penjawat awam bersetuju dan ramai yang tidak bersetuju penubuhan skuad ini diadakan (mesti ni geng sektor awam yang kaki curi tulang). Malah ada yang menyebut penubuhan skuad ini seolah-olah ingin mencari salah penjawat sektor awam. Pelik, kenapa mesti takut kalu kita tidak tergolong di dalam geng 'curi tulang' ini? Kawe tersenyum jugak bila teringat pepatah mengatakan 'berani kerana benar, kecut kerana salah'. Tak tahulah pulak pepatah ini ngam-ngam sangat dengan isu ini.

Kawe menulis kali ini bukanlah hendak menambah lagi kekecohan dan keributan pasal hal ni tapi ingin menceritakan pengalaman kawe sendiri tentang 'curi tulang' ini. Cerita pertama ialah pada bulan Januari 2009 yang lalu. Ceritanya bermula kawe ke sebuah pejabat kerajaan yang terletak di Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga Penolong Pegawai ............ S27(tak pelulah kawe beritahu pejabat apa tetapi kalau naik LRT kena turun stesan Hang Tuah kalau nak ke tempat tu). Kawe sampai di sana dalam jam 7.30 pagi bertemankan tunang kawe.

Temuduga dijadualkan pada jam 8.30 pagi. Setelah menandatangani senarai nama di bilik pengawal, kawe terus naik ke tingkat berapa pun dah lupa sebab lama. Sampai di sana kawe duduk dan bersama kawe ada la dalam 7,8 orang lagi calon yang hendak bertemumenduga. Apa yang nak kawe ceritakan pasal temuduga tetapi pasal waktu temuduga telah ditunda pada jam 11pagi kerana pegawai yang terlibat terpaksa menghadiri mesyuarat tergempar. (aik, macam mana kawe tahu pegawai ada meeting? He he, sumber kawe ialah pak guard yang kawe sambil berborak, kawe korek-korek rahsia jabatan kerajaan itu. Banyak jugak yang kawe dapat maklumat tapi kawe tak nak kongsi, biarlah sedikit sahaja kawe bagitau kat sini).

So, bila ditunda temuduga itu, kawe turun semula ke bilik guard dan mengambil tunang kawe yang kawe tinggalkan di situ untuk ke kantin jabatan kerajaan yang berada di tingkat 5 ke 6 kalau tak silap kawe. Kawe sampai sana dalam pukul 9.45. Apa yang peliknya kalau diikutkan teori kawe mesti time tu tak ada orang di kantin sebab jam 9.45 pagi adalah waktu pajabat di mana semestinya semua pekerja berada di dalam pejabat masing-masing. Namun, permandangan pada mas tu kontra dengan apa yang kawe bayangkan. Kantin dipenuhi dengan pekerja-pekerja di wisma itu sehinggakan nak makan kawe terpaksa melilau mencari meja makan. Ok lah, kawe fikir mungkin time ni sahaja ada orang namun sehingga jam 11.15 pagi kawe meninggalkan kantin itu, orang tetap ada yang keluar masuk tanpa reda. Dari yang berpakaian kot, tie sehingga berbaju juruteknik, kawe lihat ramai menjamu selera dan berborak-borak dengan santai dan gembiranya. Seolah-olah mereka berada di kedai kopi kampung pada hari cuti umum. Apa pun,kawe tak nak berpandangan negatif, ini Cuma cerita kawe yang pernah kawe lalui. Mungkin kawe tak faham sistem rehat mereka amalkan yang mana mungkin masa rehat 3 kali sehari atau mereka mengawalkan kerja sambil minum. Mana kawe tahu kan?

Cerita ke dua kawe ialah di sebuah hospital besar kerajaan. Iaitu di klinik yang terletak dalam hospital besar tersebut. Pada hari tu kawe membawa seorang pekerja syarikat kawe warganegara Nepal untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut. Kawe sampai di klinik itu pada jam 1.50 tengahari bersamaan dengan waktu rehat. Kaunter pula pada masa itu kosong, lengang, empty tanpa staff. So, kawe fikirlah, lagi 10 minit jam 2 petang bermakna kawe tak perlu pulang. Ye lah, dah 10 minit je lagi, so kawe ambbil keputusan untuk duduk dan menunggu. Selain kawe, ada lah 2 orang pakcik dan makcik (suami isteri kot) dan seorang kakak cleaner Indon yang tekun sedang mengemop lantai klinik tersebut.

Setelah jam menunjukkan jam 2 petang kawe mula resah kerana tiada lagi staff yang datang. Kemudian dalam jam 2.10 petang masih tiada lagi kelibat staff berbaju putih di kaunter menyebabkan kawe bertanya kepada kakak cleaner Indon tu. “Mereka ada di belakang pak, sedang makan agaknya.” Itulah jawapan yang kawe terima dai akak cleaner itu. Hati kawe mula berbulu dan berpanas sebab jam sudah 2.10 petang masih lagi tiada staff yang datang. Tambah-tambah kawe pun tak mentekedarah lagi pada waktu tu. Lebih kurang jam 2.2o petang (lewat 20 minit) kawe meminta pertolongan akak cleaner supaya memanggil staff klinik tu kerana pesakit sudah mulai ramai dan mereka telah lewat selama 20 minit.

Selepas itu, datanglah seorang staff (misi) dengan muka yang mencuka. Kawe cuba kawal panas kawe dan bertanya “kenapa kak lambat masuk, pesakit dah ramai ni, kesian mereka tunggu”. Nak tahu apa menate nih jawab kepada kawe? “Tadi kami keluar rehat lewat, tu pasal masuk lewat”, dengan muka tapirnya dia reply jawapan kawe. Kawe soal balik, “kenapa tidak diadakan sistem rehat bergilir-gilir? Bukankah hospital tempat orang sakit dan yang datang pun orang saki. Mereka datang pun nak dapatkan rawatan, bukannya datang nak berhibur. Kenapa akak tak rehat gilir-gilir? @ orang rehat jam 12 tengahari, 2 orang rehat jam 1 petang. Kalau buat macam ni kan kaunter ni akan sentiasa ada staff!” Akak misi tu hanya memasamkan mukanya yang sudah masam tanpa bercakap apa-apa dengan kawe. Apa yang kawe bagitau dia tu ada logiknya. Kenapa tidak rehat bergilir-gilir? Kenapa mesti satu kaunter rehat sekaligus? Sedangkan ini adalah hospital. Atau mungkin nurse tu adalah anggota geng ‘curi tulang’? Wallahuallam.

Cerita-cerita di atas pernah kawe lalui dan kesimpulannya ini adalah secubit dari kisah ‘curi tulang’ yang berlaku. Apa yang kawe nak jelaskan di sini ialah kawe amat-amat bersetuju dan menyokong 100000% cadangan penubuhan skuad pemantau ini.Jangan ada yang menegatifkan cadangan ini kerana dengan adanya skuad pemantau ini, pekerja di sektor awam tidak akan berani lagi hendak mencuri tulang. Kesannya, mereka akan menumpukan seratus peratus perhatian kepada kerja. Bukankan ini akan meningkatkan lagi produktiviti kerja mereka? Bukankan ini akan menjadikan mereka pekerja yang baik dan sekaligus mereka akan naik pangkat dan naik gaji. Bukankah ini menguntungkan pekerja itu sendiri? Janganlah takut kalau kita tidak geng ‘curi tulang’. Lagipun, isu ‘curi tulang’ ini sudah lama berulat dalam sektor awam di negara kita. Sudah sampai masanya kerajaan meracun ‘ulat-ulat’ ini sampai ia tiada agar tidak membusukkan sektor awam di negara kita 1Malaysia yang tercinta i love u ini.

Apa yang paling penting, esspecially bagi yang beragama Islam, ‘curi tulang’ ini adalah satu penipuan dan perbuatan keji. Sanggupkan korang makan duit haram dari hasil dari sikap yang tak beramanah itu? Sanggupkan korang suap bini dan anak korang dengan duit haram gaji korang? Kalau yang jahhil tukir dia sangguplah sebab tidak tahu. Apa yang kawe harapkan, kepada geng ‘curi tulang’ dan diri kawe juga, kita haruslah bekerja dengan ikhlas, jujur dan amanah kerana apa yang kita lakukan nanti akan dihitung oleh ALLAH S.W.T di akhirat nanti. Takut etek gak!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Daun Sirih Penawar Mata..



Korang tahu tak yang daun sirih selain digunakan mencuci alat sulit wanita dari kuman dan bau, ia juga dapat membersihkan mata daripada habuk. Yakni daun sirih berfungsi membersihkan mata dari kekotoran dan selaput yang memungkinkan korang jadi rabun. Amalan membersihkan mata dengan sirih dapat menyegarkan mata dan pandangan korang akan lebih terang dan jelas. Tapi jangan pulak gunakan mata yang terang dan jelas korang untuk tengok benda-benda tak senonoh pulak ye. Ni pesanan kawe.

Cara nak cuci mata pakai daun sirih ini ialah, first step ambil sekeping atau dua keping je daun sirih (jangan banyak sangat sebab daun sirih ni pedih tau). Lepas tu ramas daun sirih dalam sedeikit air then tapiskan bagi buang daun-daun yang dah hancur. Lepas tu bagi memudahkan korang celup mata dalam air ramasan daun sirih ni, letakkan dalam pinggan. Sebab permukaan pinggan yang rata dan widescreen memudahkan korang celup mata. Bila celup, korang buatlah pejam celik pejam celik mata korang. Ia agak pedih sikit tetapi selepas tu korang akan dapat lihat dalam pinggan air ramasan daun sirih tu akan ada habukk dan lendir. Cara ni lah kawe amalkan sekian lama dan Alhamdulillah, mata kawe setakat ni ALLAH S.W.T bagi terang dan cerah lagi.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Lukisan Lantai 3D..

Manusia diciptakan ALLAH S.W.T dengan diberikan akal fikiran dan sifat kreatif. Kawe upload gambar dalam blog kawe untuk tunjukkan kepada semua salah satu kekuasaan dan kemurahan ALLAH S.W.T mengurniakan dan menjadikan manusia itu kreatif.. Manusia harus bersyukur dengan apa yang ALLAH S.W.T berikan kepadanya.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments