Ramadhan Datang!!!



(Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan sudah datang mengunjungi anda bersama suaminya iaitu Rezeki dan kedua-dua anak mereka iaitu Sahur dan Iftaar. Mereka turut ditemani ketiga-tiga cucu mereka iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Insya-ALLAH. Amin..)

Kawe terima sms dari kakak kawe yang sulung (Along) malam tadi dan kawe tertarik dengan kata-kata ini. Lalu kawe update untuk penghayatan bersama. Bagi kawe, kedatangan Ramadhan kali ini adalah satu rahmat dari ALLAH S.W.T kerana kawe diberi kesempatan merasai kenikmatan Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu ya ALLAH!! Kawe harap tahun ini lebih baik dari tahun lepas puasa kawe dan juga puasa anda semua. Selamat berpuasa dan beramal ibadat!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Ramadhan Datang!!!"