Kuih Nekbat!!!



Sempena bulan puasa ni kawe upload satu jenis kuih yang sedap dan susah nak dicari di negeri selain pantai timur. Nama empunya badan kuih ini ialah Kuih Nekbat. Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.



Istiah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.-sumber dari (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_nekbat)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kuih Nekbat!!!"