Daun Sirih Penawar Mata..



Korang tahu tak yang daun sirih selain digunakan mencuci alat sulit wanita dari kuman dan bau, ia juga dapat membersihkan mata daripada habuk. Yakni daun sirih berfungsi membersihkan mata dari kekotoran dan selaput yang memungkinkan korang jadi rabun. Amalan membersihkan mata dengan sirih dapat menyegarkan mata dan pandangan korang akan lebih terang dan jelas. Tapi jangan pulak gunakan mata yang terang dan jelas korang untuk tengok benda-benda tak senonoh pulak ye. Ni pesanan kawe.

Cara nak cuci mata pakai daun sirih ini ialah, first step ambil sekeping atau dua keping je daun sirih (jangan banyak sangat sebab daun sirih ni pedih tau). Lepas tu ramas daun sirih dalam sedeikit air then tapiskan bagi buang daun-daun yang dah hancur. Lepas tu bagi memudahkan korang celup mata dalam air ramasan daun sirih ni, letakkan dalam pinggan. Sebab permukaan pinggan yang rata dan widescreen memudahkan korang celup mata. Bila celup, korang buatlah pejam celik pejam celik mata korang. Ia agak pedih sikit tetapi selepas tu korang akan dapat lihat dalam pinggan air ramasan daun sirih tu akan ada habukk dan lendir. Cara ni lah kawe amalkan sekian lama dan Alhamdulillah, mata kawe setakat ni ALLAH S.W.T bagi terang dan cerah lagi.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Daun Sirih Penawar Mata.."