Skuad Pemantau Penjawat Awam 'Curi Tulang' @ 'Ngular!!!'




Penjawat Awam ‘Curi Tulang’ Dirakam

PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.

Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut...(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

Di atas adalah petikan dari Utusan Online bertarikh 1 Ogos 2010. Ekoran dari kenyataan ini, kecoh di mana-mana sahaja berkenaan cadangan mewujudkan skuad pemantau dan penyiasat pekerja 'curi tulang' di sektor awam ini. Macam-macam reaksi dapat dilihat di dada akhbar mahupun di kedai-kedai kopi. Rata-rata mereka dari sektor swasta @ mereka yang bukan penjawat awam bersetuju dan ramai yang tidak bersetuju penubuhan skuad ini diadakan (mesti ni geng sektor awam yang kaki curi tulang). Malah ada yang menyebut penubuhan skuad ini seolah-olah ingin mencari salah penjawat sektor awam. Pelik, kenapa mesti takut kalu kita tidak tergolong di dalam geng 'curi tulang' ini? Kawe tersenyum jugak bila teringat pepatah mengatakan 'berani kerana benar, kecut kerana salah'. Tak tahulah pulak pepatah ini ngam-ngam sangat dengan isu ini.

Kawe menulis kali ini bukanlah hendak menambah lagi kekecohan dan keributan pasal hal ni tapi ingin menceritakan pengalaman kawe sendiri tentang 'curi tulang' ini. Cerita pertama ialah pada bulan Januari 2009 yang lalu. Ceritanya bermula kawe ke sebuah pejabat kerajaan yang terletak di Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga Penolong Pegawai ............ S27(tak pelulah kawe beritahu pejabat apa tetapi kalau naik LRT kena turun stesan Hang Tuah kalau nak ke tempat tu). Kawe sampai di sana dalam jam 7.30 pagi bertemankan tunang kawe.

Temuduga dijadualkan pada jam 8.30 pagi. Setelah menandatangani senarai nama di bilik pengawal, kawe terus naik ke tingkat berapa pun dah lupa sebab lama. Sampai di sana kawe duduk dan bersama kawe ada la dalam 7,8 orang lagi calon yang hendak bertemumenduga. Apa yang nak kawe ceritakan pasal temuduga tetapi pasal waktu temuduga telah ditunda pada jam 11pagi kerana pegawai yang terlibat terpaksa menghadiri mesyuarat tergempar. (aik, macam mana kawe tahu pegawai ada meeting? He he, sumber kawe ialah pak guard yang kawe sambil berborak, kawe korek-korek rahsia jabatan kerajaan itu. Banyak jugak yang kawe dapat maklumat tapi kawe tak nak kongsi, biarlah sedikit sahaja kawe bagitau kat sini).

So, bila ditunda temuduga itu, kawe turun semula ke bilik guard dan mengambil tunang kawe yang kawe tinggalkan di situ untuk ke kantin jabatan kerajaan yang berada di tingkat 5 ke 6 kalau tak silap kawe. Kawe sampai sana dalam pukul 9.45. Apa yang peliknya kalau diikutkan teori kawe mesti time tu tak ada orang di kantin sebab jam 9.45 pagi adalah waktu pajabat di mana semestinya semua pekerja berada di dalam pejabat masing-masing. Namun, permandangan pada mas tu kontra dengan apa yang kawe bayangkan. Kantin dipenuhi dengan pekerja-pekerja di wisma itu sehinggakan nak makan kawe terpaksa melilau mencari meja makan. Ok lah, kawe fikir mungkin time ni sahaja ada orang namun sehingga jam 11.15 pagi kawe meninggalkan kantin itu, orang tetap ada yang keluar masuk tanpa reda. Dari yang berpakaian kot, tie sehingga berbaju juruteknik, kawe lihat ramai menjamu selera dan berborak-borak dengan santai dan gembiranya. Seolah-olah mereka berada di kedai kopi kampung pada hari cuti umum. Apa pun,kawe tak nak berpandangan negatif, ini Cuma cerita kawe yang pernah kawe lalui. Mungkin kawe tak faham sistem rehat mereka amalkan yang mana mungkin masa rehat 3 kali sehari atau mereka mengawalkan kerja sambil minum. Mana kawe tahu kan?

Cerita ke dua kawe ialah di sebuah hospital besar kerajaan. Iaitu di klinik yang terletak dalam hospital besar tersebut. Pada hari tu kawe membawa seorang pekerja syarikat kawe warganegara Nepal untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut. Kawe sampai di klinik itu pada jam 1.50 tengahari bersamaan dengan waktu rehat. Kaunter pula pada masa itu kosong, lengang, empty tanpa staff. So, kawe fikirlah, lagi 10 minit jam 2 petang bermakna kawe tak perlu pulang. Ye lah, dah 10 minit je lagi, so kawe ambbil keputusan untuk duduk dan menunggu. Selain kawe, ada lah 2 orang pakcik dan makcik (suami isteri kot) dan seorang kakak cleaner Indon yang tekun sedang mengemop lantai klinik tersebut.

Setelah jam menunjukkan jam 2 petang kawe mula resah kerana tiada lagi staff yang datang. Kemudian dalam jam 2.10 petang masih tiada lagi kelibat staff berbaju putih di kaunter menyebabkan kawe bertanya kepada kakak cleaner Indon tu. “Mereka ada di belakang pak, sedang makan agaknya.” Itulah jawapan yang kawe terima dai akak cleaner itu. Hati kawe mula berbulu dan berpanas sebab jam sudah 2.10 petang masih lagi tiada staff yang datang. Tambah-tambah kawe pun tak mentekedarah lagi pada waktu tu. Lebih kurang jam 2.2o petang (lewat 20 minit) kawe meminta pertolongan akak cleaner supaya memanggil staff klinik tu kerana pesakit sudah mulai ramai dan mereka telah lewat selama 20 minit.

Selepas itu, datanglah seorang staff (misi) dengan muka yang mencuka. Kawe cuba kawal panas kawe dan bertanya “kenapa kak lambat masuk, pesakit dah ramai ni, kesian mereka tunggu”. Nak tahu apa menate nih jawab kepada kawe? “Tadi kami keluar rehat lewat, tu pasal masuk lewat”, dengan muka tapirnya dia reply jawapan kawe. Kawe soal balik, “kenapa tidak diadakan sistem rehat bergilir-gilir? Bukankah hospital tempat orang sakit dan yang datang pun orang saki. Mereka datang pun nak dapatkan rawatan, bukannya datang nak berhibur. Kenapa akak tak rehat gilir-gilir? @ orang rehat jam 12 tengahari, 2 orang rehat jam 1 petang. Kalau buat macam ni kan kaunter ni akan sentiasa ada staff!” Akak misi tu hanya memasamkan mukanya yang sudah masam tanpa bercakap apa-apa dengan kawe. Apa yang kawe bagitau dia tu ada logiknya. Kenapa tidak rehat bergilir-gilir? Kenapa mesti satu kaunter rehat sekaligus? Sedangkan ini adalah hospital. Atau mungkin nurse tu adalah anggota geng ‘curi tulang’? Wallahuallam.

Cerita-cerita di atas pernah kawe lalui dan kesimpulannya ini adalah secubit dari kisah ‘curi tulang’ yang berlaku. Apa yang kawe nak jelaskan di sini ialah kawe amat-amat bersetuju dan menyokong 100000% cadangan penubuhan skuad pemantau ini.Jangan ada yang menegatifkan cadangan ini kerana dengan adanya skuad pemantau ini, pekerja di sektor awam tidak akan berani lagi hendak mencuri tulang. Kesannya, mereka akan menumpukan seratus peratus perhatian kepada kerja. Bukankan ini akan meningkatkan lagi produktiviti kerja mereka? Bukankan ini akan menjadikan mereka pekerja yang baik dan sekaligus mereka akan naik pangkat dan naik gaji. Bukankah ini menguntungkan pekerja itu sendiri? Janganlah takut kalau kita tidak geng ‘curi tulang’. Lagipun, isu ‘curi tulang’ ini sudah lama berulat dalam sektor awam di negara kita. Sudah sampai masanya kerajaan meracun ‘ulat-ulat’ ini sampai ia tiada agar tidak membusukkan sektor awam di negara kita 1Malaysia yang tercinta i love u ini.

Apa yang paling penting, esspecially bagi yang beragama Islam, ‘curi tulang’ ini adalah satu penipuan dan perbuatan keji. Sanggupkan korang makan duit haram dari hasil dari sikap yang tak beramanah itu? Sanggupkan korang suap bini dan anak korang dengan duit haram gaji korang? Kalau yang jahhil tukir dia sangguplah sebab tidak tahu. Apa yang kawe harapkan, kepada geng ‘curi tulang’ dan diri kawe juga, kita haruslah bekerja dengan ikhlas, jujur dan amanah kerana apa yang kita lakukan nanti akan dihitung oleh ALLAH S.W.T di akhirat nanti. Takut etek gak!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Skuad Pemantau Penjawat Awam 'Curi Tulang' @ 'Ngular!!!'"