Buah Tampoi @ Buah Ngeke..



Kali ini kawe nak bercerita tentang buah. Aa aa aa..bukan 'buah' tu tau. Tapi buah-buahan tempatan yang agak klasik dan semakin luput dari ingatan kita. Iaitu buah Tampoi atau belah negeri kawe dia panggil buah ngeke. Tujuan kawe post pasal buah ni sebab kawe perhatikan sekarang sudah kurang dijual. Bermakna ia sudah semakin pupus dan akan hilang kalau kita tidak menjaga kaum buah ini.

Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat hutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara, khususnya di Borneo.Pokok Tampoi tergolong dalam spesies diesius, iaitu pokok ini hanya dapat menghasilkan sejenis gamet tunggal. Pokok betinanya menghasilkan buah terus pada batang dan cabang besar. Buahnya besar, dengan kulit yang berwarna jingga dan isi yang berwarna putih. Rasanya masam seolah-olah buah limau tangerin. Bergantung kepada keadaan, buahnya melitupi batang pokok dengan indah seperti dengan banyak spesies Fikus. Nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa.



Buah Pokok Tampoi juga dikenali dengan nama buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat dan di Johol, Negeri Sembilan serta di Johor. Bagaimanapun, buah ini tidak begitu popular berbanding dengan durian, dokong atau rambutan. Banyak yang tidak pernah makan buah tampoi dan tidak tahu namanya.

P/S-Sumber dari (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Tampoi)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

4 Response to "Buah Tampoi @ Buah Ngeke.."

  1. nur aisya humaira says:
    August 18, 2010 at 1:18 AM

    wahh,sedappnye buah ni...yummy2..;)

  2. Anonymous Says:
    January 21, 2011 at 7:53 AM

    hmmmm cedapnye... 15 tahun lalu pernah makan buah ni skrg dah tak de lagi pokoknye....

  3. Anonymous Says:
    January 22, 2011 at 8:52 PM

    kkapo kawe pggl buah mo'khe..

  4. Norma NML says:
    October 18, 2013 at 8:34 AM

    Baru pagi tdi dgr mmber sebut sblum ni x prnah dgr pun..walaupun sya org Klate.. x puas hati..nk juga kenal macamana rupanya.. search kt internet nama 'buah ngeke'..then jumpa dlm blog ni..hehe..tq :-)