Cerpen Pertamaku!!! (Takdir)
Posted in
Labels:
karya sastera
|
Aku ni minat menulis cerpen dan inilah cerpen pertama karanganku, Takdir.. Yang kedua ialah Orang Minyak Mengamuk Lagi manakala yang ketiga adalah Monolog 1. Selamat membaca walau sekerat..
Pagi ini adalah pagi yang dingin. Pagi 14 Febuari. Hujan dari malam semalam baru sahaja berhenti. Namun kedinginannya masih lagi menggigit tulang. Kabus putih menyelimuti alam menambahkan lagi kedinginannya pagi itu. Angin dingin yang masuk dari tingkap yang terkuak mengusap lembut badan Rosman. Membuatkan dia lupa seketika kepedihan yang bersarang dihatinya. Kepedihan yang masih belum sembuh biarpun sudah lama berlalu. Kepedihan yang benar-benar merobek hidupnya seperti singa Afrika meratah mencakar rusa yang baru dibahamnya. Pedih, ngilu, sengsara dan sayu. Begitulah apa yang dirasai Rosman. Rosman menggeliat setelah puas termenung sambil bangun mencapai lalu melangkah longlai bilik mandi. Paip dibuka dan air dingin mengalir membasahi badannya. Kesejukan air dan kedinginan cuaca pagi itu menenangkan sedikit perasaan Rosman.
********************************************
Ring, ring! Ring ring! “Kemana pula dia ni. Takkan Marah lagi kot. Takkan masih ambil hati lagi kot”. Termasuk kali ini sudah hampir lima belas kali Rosman mendail nombor telefon buah hatinya. Dia membuat andaian yang Izan masih marahkan dia. Tapi, mustahil kerana hal yang kecil begini Izan tak mahu angkat telefon.
Hal yang kecil? Ianya berlaku awal malam tu semasa mereka menjamu selera di restoran yang selalu mereka pergi, telefon Izan kerap berbunyi. Malah setiap kali menjawabnya, Izan akan meminta untuk ke tandas. Tak logik! Rosman fikir tak logik Izan buang air lima kali dalam masa satu jam. Entah dia makan apa. Tak logik. Tapi mengapa Izan kerap memberi alasan mahu ke tandas? Seperti ada menyembunyikan sesuatu.
“Sayang, Sibuknya.. Ada apa? Siapa yang call?” tanya Rosman sekembalinya Izan dari tandas. “Oh, kawan Izan,” jawapan Izan yang singkat dan tak meyakinkan membuatkan Rosman lagi menekan. “Takkan kawan, masuk ni dah lima kali dia call. Lepas tu, Kenapa Izan tak jawab je depan Man? Kenapa mesti ke tandas?” “Entah-entah lelaki tak?” duga Rosman.
Tiba-tiba Izan bingkas bangun dan berlalu meninggalkan Rosman. Rosman terkejut. Sungguhpun dipanggil berkali-kali langsung tidak dipedulinya. Izan terus menahan teksi dan meninggalkan Rosman yang mengejarnya. “Kenapa pula dengan Izan? Apa salah aku? Adakah betul tekaan aku?” hati Rosman membuat andaian dek keganjilan Izan. Rosman memecut motorsikalnya ke rumah Izan. Waktu itu, hujan mulai turun. Jalan basah menyebabkan motorsikal Rosman terjatuh dan Rosman luka sedikit. Rosman tidak mempedulikan kesakitannya. Yang dia tahu, dia mahu jumpa Izan dan mahukan penjelasan sikap Izan malam ini.
Sampai sahaja di rumah Izan, Rosman melihat rumah itu sudah bergelap. Tak tahu sama ada penghuninya sudah tidur ataupun sengaja tidak mahu menerima tetamu itu. Loceng ditekan, nama Izan dilaung Rosman tetapi tidak ada respon pun. Hujan yang lebat memaksa Rosman membatalkan niatnya dan terus menghidupkan motorsikalnya yang tak berapa mahu hidup itu dan pulang.
Guruh berdentum mematikan lamunan Rosman. Puas Rosman memikirkan tindakan Izan tadi. Rosman terus-menerus mendail nombor RoihaIzan tetapi tidak dijawab. Selepas hampir kebas tangan Rosman menekan barulah terdengar suara Izan.
“Kenapa call tadi tak angkat? Kenapa Man pergi rumah, Izan tak buka pintu? Kenapa sayang? Kalau Man ada salah maafkan Man. Izan terasa pasal kata-kata Man tadi ke? Maaflah.. Man tak ada niat nak tuduh Izan dan melukakan hati Izan” Rosman menjelaskan dan mengharapkan kali ini ada tindak balas dari Izan
“Man, kita putuskan saja hubungan kita. Biarlah Izan berterus-terang saja dengan Man. Izan dah tak mahu lagi menaggung malu bersama dengan Man. Semua kawan-kawan Izan sindir sebab Izan bercinta dengan lelaki yang tak ada masa depan. Semua kawan-kawan Izan berbangga dengan teman lelaki mereka yang ada kereta, ada kerja yang baik-baik. Izan tak sanggup lagi disindir dan diketawakan. Lagipun bos tempat Izan kerja sudah jatuh hati pada Izan. Tadi dialah yang call Izan. Man, Izan rasa lebih sesuai bersamanya berbanding Man yang hanya bekerja sebagai penjual burger. Nak makan Man sendiri pun tak cukup. Nak sara Izan lagi lah tak mampu. Harap lepas ini Man jangan cari Izan lagi. Maafkan Izan. Izan hanya mahukan kesenangan untuk masa depan Izan aje. Izan harap Man faham!”
Sunyi, gelap, kelam, kosong. Tiada apa dalam kepala Rosman. Kata-kata Izan itu benar-benar menghancurkan hati Rosman. Bukan sahaja dia kehilangan kekasih, tetapi dihina oleh kekasihnya sendiri. Selama ini Izanlah segalanya buat Rosman. Tiada dua atau tiga. Rosman benar-benar ikhlas dan serius dengan ini. Kali ini, Rosman benar-benar sakit hati, kecewa, marah. Perasaan itu berbaur dalam hatinya. Jiwa Rosman berkecamuk. Dia lantas melemparkan telefon bimbit hadiah dari Izan ke tanah. Alat itu terbang melalui tingkap biliknya yang terngaga. Berkecai alat komunikasi itu bak hatinya yang kerkecai. Nak menangis malu pada diri sendiri. Yang mampu Rosman lakukan hanyalah mengingat kebenaran kata-kata Izan tadi.
“Ya.. betul.. aku hanyalah penjual burger di kaki lima Memang aku tidak berguna. Tak mampu berikan kesenangan pada dia. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadangkala tidak terkais. Tetapi, kenapa baru sekarang dia bagitau? Bagaimana nanti perasaan ibuku? Ibuku amat menyukai Izan. Bagi ibuku, Izan adalah gadis yang sempurna dan baik. Ya.. Tepat sekali. Baik. Baik kerana Izan gadis yang pandai memilih masa depan yang senang untuknya. Ibu, maafkan Man kerana tidak mampu tunaikan hasrat ibu untuk bermenantukan Izan anak Dato’ Rahman”.
****************************************
Rosman tersentak. Bunyi telefon bimbitnya memaksa Rosman mematikan lamunannya. Paip air ditutup, Rosman mencapai tuala dan bergegas menjawab panggilan. “Siapalah pagi-pagi ni,” bebel Rosman sendirian.
“Man, tak siap lagi ke? Customers ramai ni. Kami tak larat lah nak handle serbuan ni. Cepatlah oi. Macam anak dara berhias”.
Kedengaran suara Mat di telefon. Mat adalah kawan sekampung Rosman. Rosman telah mengajak Mat ke bandar untuk bekerja dengannya memandangkan dia tinggal di kampung pun tanam anggur saja. Bekerja dengan Rosman? Ya, Rosman sekarang telah berjaya. Dia telah membuka restoran makanan segera yang makanan utamanya adalah berasasan burger. Rosman tidak lupa daratan. Dia tidak melupakan burger kerana burgerlah bermulanya kejayaan Rosman. Rosman sudah berjaya. Dia berusaha dari kekecewaannya di masa lampau.
“Jap lagi, aku baru lepas berendam ni. Sabarlah… Nanti aku up gaji kau nak?”
“Ok, canteeekk bos, tapi, cepat sikit lah.”
Rosman hidupkan enjin keretanya dan memecut ke restorannya. Sampai saja di Friend’s Fast Food miliknya, Rosman meletakkan kereta di tempat yang di khaskan untuknya.
“Mak oi.. Ramainya orang. Patutlah si Mat gelabah je. Hmm.. Patutlah, hari ni hari Valentine, apalah suka sangat rakyat Malaysia ni puja budaya barat tu. Kata dah merdeka. Lantaklah, janji aku untung,”
Getus Rosman semasa memasuki restorannya itu dengan gembira. Mana taknya, ramai orang murahlah rezeki dia, kawan dia Mat dan lima belas orang lagi pekerjanya. Itu pun tidak termasuk lima lagi cawangan restoran makanan segeranya di seluruh negara.
Hari itu adalah hari Valentine atau hari memperingati kekasih. Ramai pasangan kekasih ke restorannya kerana bagi pasangan kekasih ini, makan benda-benda seperti burger atau makanan ringan-ringan ni akan membuatkan mereka rasa seperti orang putih. Macam Romeo dan Juliet kot. Walaupun mereka tidak tahu apa sebenarnya erti Valentine bagi kita umat Islam, apa hukum menyambutnya. Yang mereka tahu, bercinta, romantik, berjanji temu dan bermesra. Benda lain tolak tepi. Hukum hakam tak peduli. Janji mereka mendapat kepuasan diri.
Rosman sibuk melayan pelanggan sambil matanya melihat pasangan-pasangan kekasih sedang bersuap-suapan. Hatinya sedikit cemburu dan teringat saat indahnya dengan Izan. Gadis yang pernah bermahkota dihatinya dan juga telah mengecewakannya lima tahun lepas. Namun, jauh dari sudut hatinya, Rosman tetap menyintai Izan dan dia tidak salahkan Izan di atas apa yang berlalu lima tahun lalu.
“Hoi Man, jauh kau pergi. Apa yang kau menungkan tu?”
“Kau ni Mat, nasib baik aku takde kencing manis tau. Apahal”?
“Ni ada awek nak jumpa kau, tu dekat meja 22,”
Mat menunjukkan Rosman seorang wanita membelakangi mereka di meja 22.
“Siapa Mat?”
“Entahlah, pergi ajalah. Nak order burger kot.”
Rosman terus ke meje 22 dan memikirkan siapa wanita itu.
“Nak ambik order? Kenapa dengan aku? Kan si Mat boleh? Atau si Mat nak perdajalkan aku? Bukan boleh percaya malaun tu. Dulu pun aku dah kena sekali. Ah, pedulikan. Kalau Mat kenakan aku, taulah aku kenakan dia balik,”
Rosman membuat spekulasinya sendiri.
“Ya saudari boleh…,”
Rosman tak sempat menghabiskan kata-katanya bila tiba-tiba wanita itu memeluknya. Rosman tergaman. Orang yang memeluknya bukan orang lain. Bukan asing bagi Rosman. Wanita inilah yang telah melukakan hatinya lima tahun lalu. Wanita inilah yang telah menghIzannya lima tahun lalu dan penghIzanan itu telah membuatkan Rosman berusaha sehingga di mendapat apa yang dia ada sekarang. Kesenangan dan ketenangan.
********************************************
“Kenapa Izan cari Man? Kenapa tak khawin saja dengan bos Izan yang kaya itu?”
Rosman bertanya sambil memerhatikan Izan menyuapkan burger ke mulutnya.
“Amboi, makan jugak burger aku. Dulu bukan main kutuk burger aku,” Rosman membebel dalam hatinya.
“Man, Izan dah sedar. Izan dah tahu apa itu kebahagiaan yang sebenarnya. Izan telah dipermainkan. Bos Izan dulu dah ada isteri. Dia nak kan Izan sebab mahu berbaik-baik dengan ayah Izan agar ayah Izan dapat bantu dia dapat projek besar-besar dari kerajaan. Lapas itu, Izan terus ke England. Izan sambung belajar. Izan benar-benar menyesal. Waktu itu, hanya Man yang Izan ingat. Izan cuba cari Man tapi tak jumpa sekembalinya dari England. Rupa-rupanya Man telah berpindak ke Kuala Lumpur dan buka restoran sendiri. Izan datang nak minta maaf pada Man. Izan tak harapkan Man terima Izan. Cuma, Man janganlah berdendam dengan Izan. Izan mengaku salah. Izan bodoh”.
“Tidak, aku mesti pegang pada prinsip aku. Ya, aku takkan dipengaruhi oleh cerita dan air matanya itu,”
Rosman cuba menyedarkan dirinya. Walaupun nyaris-nyaris melompat dan memeluk bekas buah hati yang masih dicintainya itu, Rosman nekad mempertahankan ego lelakinya. Dia tidak mahu mudah dipengaruhi cerita Izan dan menunjukkan rasa simpatinya. Hatinya yang luka pun masih belum sembuh lagi. Walaupun sudah lima tahun, Rosman masih terasa seperti baru lima hari. Orang kata masa dapat mengubat kedukaan tetapi bagi Rosman tidak! Setakat ini kenyataan ini tidak membantunya.
“Man, Izan masih sayangkan Man. Izan cintakan Man. Sudikah Man terima Izan lagi. Bagilah peluang pada Izan, Man,” kata-kata Izan membuatkan Rosman terkejut walaupun dia sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Cuma, terlalu awal. Rosman mati kutu. Tak tahu nak kata apa.
“Izan, baliklah dulu. Man dah maafkan Izan. Man nak Bantu kawan-kawan layan pelanggan. Kalau ada masa, kita jumpa lagi ya,”
Rosman berlalu meninggalkan Izan dalam kesedihan. Sebelum itu, dia meminta nombor telefon Izan. Rosman janji akan hubunginya nanti.
Malam itu Rosman benar-benar penat. Maklumlah kena layan ramai pelanggan. Hari ini Rosman benar-benar gembira. Dia untung banyak hari ini. Rosman kembali muram bila memikirkan kata-kata Izan tadi.
“Man, Izan masih sayangkan Man. Izan cintakan Man. Sudikah Man terima Izan lagi. Bagilah peluang pada Izan, Man,” kata-kata Izan terus berulang-ulang dalam kepalanya.
Sedikit menjejaskan pemanduannya ditambah dengan hujan yang lebat menyukarkan Rosman memandu. Dalam memikirkan Izan, Rosman mencapai telefon bimbitnya dan menaip sms sehinggakan dia tidak perasan yang keretanya menghala ke sebuah trak dari arah bertentangan.
********************************
Malam ini hujan lebat. Suasana yang sejuk dan dingin mendamaikan sedikit perasaan Izan. Dia yakin yang Rosman akan menerimanya. Lagipun Rosman telah mengambil nombor telefonnya. Sejak tadi lagi tangannya mengenggam telefon. Dia amat mengharapkan Rosman akan menghubunginya. Izan merenung dirinya. Dia benar-benar malu pada Rosman. Namun, dia ikhlas. Dia sudah menyesal dan mahu menebus kembali kesilapannya yang lalu.
“Bosannya, buka tv lagi baik,” Izan mencapai remote tv dan menekan butang tiga. Kelihatan pembaca berita sedang mambaca laporan cuaca.
“Ini berita yang baru kami terima, sebuah kereta proton wira telah bertembung dengan sebuak trak di Jalan Cecawi. Pemandu kereta itu, Rosman Husin telah meninggal di tempat kejadian”.
Pandangan Izan berpinar! Tak mungkin! Tak mungkin! Kad pengenalan mangsa itu disiarkan dan Izan pasti. Pasti sangat-sangat. Itulah Rosman. Rosman! Rosman yang dia jumpa dan peluk tadi, yang dia pernah sayangi. Lelaki yang dia pernah lukai, lelaki yang tadi baru bercakap dengannya, lelaki yang dia pernah dan masih sayangi lagi. Izan meraung sekuat hatinya. Raungan Izan bertambah apabila turut disiarkan sms terakhir di telefon bimbit mangsa itu yang didakwa sebagai punca kemalangannya;
......Assalamualaikum.. Izan, Man dah maafkan Izan. Man tetap sayangkan Izan. Lupakan apa yang berlaku. Man terima Izan semula kerana cinta Man pada Izan tidak pernah luntur dan hilang. Izan, sudikah Izan jadi isteri Man. Kita bina kembali hidup kita. Izan, dah lama Man nantikan saat ini…
....
********************************************
Property of
Mohd Arman Arifin (aRMaNiZaN)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
January 31, 2010 at 1:32 AM
best.....walaupun napok lorat nak prabih crito.....tp jln crito menarik.... percubaan y bgs...
February 6, 2010 at 8:14 PM
trimas 'saya anak malaysia'.. komen amat dialukan dan nanti karya akan datang akan diperbaiki.
February 6, 2010 at 8:15 PM
ini adalah prolog kepada novel saya. bab ke dua akan menyusl nanti... jgn lupa menatapnya