Sehari di Hujung Minggu..

Hari ini aku bangu lewat sekali. Lewat yang amat sangat. Memaksa aku keluar lepas Zuhur. Berdasarkan rancangan awal, aku nak ke KLCC dan SOgo. Tapi apakan daya, hehe. Aku tido overdos. Haha. So, aku ajaklah tunag aku pergi menjamu selera di Pizza Hut Seksyen 6, Kota Damansara. Hati riang Gembira kerana dapat juga makan pizza walau aku tak berapa minat sangat.

Bila masuk, tunggu punya tunggu tak ada juga waiter atau waitress yang datang. Tekan punya tekan butang CALL dekat atas meja at last, datang satu orang staff memberikan kami satu menu book. Aku tatap dan lepas planning nak makan apa, lagi sekali tak ada staff datang. Padahal ramai staff dalam tu. Aku tengok diorang sibuk duk layan satu event macam sambutan harijadi.. Mungkin dek kerana terlalu sibuk, mereka tak perasan kami berdua. Maklumlah, kami ni makan berapa ringgit je berbanding dengan mereka yang reserve tempat tu. Mereka lagi loaded kan? So, dengan hati yang sayu dan terguris kami meninggalkan Pizza Hut itu. Dari jauh hati ini sayu memandang signboard Pizza Hut yang kempunan sangat aku nak makan. Huuuu..


Pandangan sayu ku melihat signboard Pizza Hut

*******************

Kemudian acara ronda-ronda di hujung minggu diteruskan lagi dengan kami pergi ke pasaraya Giant Kota Damansara. Lepas pusing-pusing dengan membeli sedikit barang dapur, terus kami masuk ke KFC dalam tu. Makan kat sini best sebab dari dalam restoren KFC ni kita boleh nampak jalanraya. Permandangannya ialah bukit bercampur highway dan sedikt bas rapid KL. Syahdu wooo..


Permandangan luar KFC, Giant Kota Damansara

**********

Selepas bosan berjalan, kami pun melangkah keluar dan pulang. Tapi, sempat lagi pekena Meggi Celup denan Barli Ais..




Lepas makan, dekat 6ptg kami pun balik. Dah lewat untuk solat dan mandi. Ok lah, aku pun dah tak larat ni. Baabaaiiii
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Sehari di Hujung Minggu.."