Pentingnya Solat...
Posted in
Labels:
did u know,
Kerohanian
|
Hari ini ramai orang kita memandang remeh akan solat. Solat 5 waktu adalah wajib bagi kita umat Islam. Tida kira yang kaya atau miskin, yang tua atau muda atau yang sihat dan sakit. Tiada alasan untuk kita meninggalkan solat kerana ia adalah tangungjawab kita umat Islam sebagai hamba ALLAH S.W.T di muka bumi ini. Hanyalah ketaqwaan kepada-Nya menjanjikan kita ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Tiada alasan untuk meninggalkan solat. Betapa pentingnya kita sebagai seorang Islam mengerjakan solat dan tiada halangan yang akan menghalang kita dari mengerjakannya. Aminn......
Solat adalah tiang agama yang mencegah kita dari perbuatan yang mungkar di sisi ISlam. Percayalah, pengabaian solat oleh orang Islam hari ini menjadi punca kepada keruntuhan akhlak orang Islam. Dan juga menyebabkan orang Islam menjadi tidak kuat dan berpecah-belah. Sesungguhnya solat adalah penawar bagi hati yang kotor dan mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Pentingnya Solat..."
Post a Comment