Termenung...geng a.k.a Kepala Sumbat Air



Pagi ini pagi Sabtu 16 Januari 2010 (10.53 a.m). Pagi in aku kena bekerja dari 8pagi sampai 5ptg. Penat dan melesukan kerana hari ini tidak ramai staff office aku yang datang kerana ada yang off day dan ada yang half day. Jadi, selepas tengahari, office aku akan sunyi terkedu dari manusia dan entiti. Aku tidak ada idea pun untuk di muatkan ke dalam blog aku. Aku tambah post ni sebagai nak blog aku aktif je. Tak nak ia beku dan terkedu. Takut lama-lama tinggal kan terus malas.

Apa aku buat, aku hanya termenung. Bosan, mengantuk, dan entah apa-apa entah. Aku rasa dalam kepala aku sekarang hanyalah fikirkan nak balik kampung jer. Mana taknya, dah lama aku tak balik. Rasa rindu yang teramat sangat dekat Ma, Adik Ct, dan kedua-dua my son of fruit (Kak Ya dan Pokmin). Kalau balik kampong, dapat jugak aku bermain dengan mereka. Hilang jugak bosan dan stress.

Nasib aku baik sebab dekat sini ada tunang aku temankan. Bajetnya esok nak kuar dating. Huuhu. Walaupun hari-hari jumpa, kena ada jugak hari special untk keluar dating. Itulah kunci kebahagiaan. . Haha

Tak lama lagi Chinese New Year. Kebetulan aku buka frendster, kawan aku berbangsa Cina (Tiew Jimmi) yang tinggal sekampung dengan aku ada add komen. Dah lama kami tak berhubung. Dekat 7 tahun jugak aku rasa tak jumpa dan tak dengar sebarang berita pasal dia. Harap balik kampung nanti dapatlah aku jumpa dengan kawan baik aku ni.

Ingat nanti balik kampung aku nak ajak family aku + tunang aku nak pi lepak dekat air terjun (jeram), atau pergi pantai. Holiday la kunun-kununnya. Dapat jugak bersantai bersama keluarga dan merehatkan fikiran yang tengah sumbat air ni. Hahahantu

Aku rasa ini sahaja dapat aku post buat masa ni. Aku pun dah mengantuk ni. Aku nak sambung termenung balik……Termenunggeng..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Termenung...geng a.k.a Kepala Sumbat Air"